Taliban serang Loya Jirga

0 comments
Taliban serang Loya Jirga

Dunia












PENDUDUK meninjau lokasi letupan roket yang dilancarkan Taliban terhadap Loya Jirga di Kabul.

PENDUDUK meninjau lokasi letupan roket yang dilancarkan Taliban terhadap Loya Jirga di Kabul.







Dua roket dilancarkan ke arah lokasi persidangan

KABUL: Pergerakan Taliban melancarkan serangan roket terhadap perhimpunan pemimpin puak Afghanistan atau ‘Loya Jirga’ semalam yang tidak mengenai sasaran lokasi persidangan tetapi menyebabkan seorang cedera.




Letupan roket itu menggegarkan kawasan berhampiran lokasi Loya Jirga yang diadakan bagi membincangkan hubungan masa depan dengan Amerika Syarikat, kata pegawai.





Dua roket itu dilancarkan ke arah Kabul sejurus selepas jam 8.00 pagi waktu tempatan, sebelum hari kedua pertemuan dengan ketua puak bermula.

“Dua roket dilancar ke ibu negara,” kata ketua polis bandar raya itu, Mohammad Ayoub Salangi, selepas saksi melaporkan dua letupan kuat.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqqi, berkata salah satu roket meletup di jalan raya di kawasan berdekatan lokasi Loya Jirga iaitu Hotel Intercontinental, 500 meter dari situ.

Seorang penduduk awam cedera ringan terkena satu lagi roket yang meletup beberapa kilometer dari lokasi pertemuan berkenaan.





Serangan itu menyusuli letupan bom buatan sendiri menyebabkan dua anggota pengaman antarabangsa maut di selatan Afghanistan, Sabtu lalu.

Dalam mesej yang dihantar kepada wartawan, pergerakan Taliban mendakwa bertanggungjawab melancarkan dua roket itu ke arah khemah Loya Jirga.

Kumpulan itu mengetuai pemberontakan 10 tahun menentang pasukan tentera asing diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dengan kekuatan 140,000 askar dan kerajaan pimpinan Presiden Hamid Karzai.

Pemimpin Taliban sudah mengancam menyerang Loya Jirga kali ini bagi membincangkan hubungan strategik dengan Amerika dan strategi damai dengan militan itu.

Ketika Loya Jirga tahun lalu, anggota militan melancarkan roket ke arah lokasi perhimpunan yang membawa kepada peletakan jawatan dua menteri.

Kelmarin, Karzai menggariskan syarat kepada kehadiran tentera Amerika di negara itu selepas pasukan tentera NATO berundur pada akhir 2014. – AFP









Piranha gigit 15 perenang

0 comments
Piranha gigit 15 perenang

Dunia
















Spesies maging mengganas di Brazil

SAO PAULO: Beri-ribu ikan piranha daripada spesies maging memenuhi pantai popular di barat Brazil dan menggigit sehingga putus ibu jari kaki sekurang-kurangnya 15 perenang.



Pihak berkuasa di bandar Caceres di Mato Grosso berkata ini adalah kali pertama mereka berdepan masalah piranha di pantai Daveron di sungai Paraguay, selepas ikan agresif itu berkumpul sejak dua minggu lalu.




“Penduduk perlu berhati-hati. Jika digigit, mereka perlu keluar segera dari air bagi mengelakkan darah tersebar,” kata anggota bomba Raul Castro de Oliveira, kepada laman web G1 Globo TV.

Antara mangsa yang digigit pada Ahad lalu ialah Elson de Campos Pinto, 22.

“Saya menyelam dalam sungai dan tiba-tiba saya merasa sakit pada kaki.
Saya berlari keluar dari sungai sebaik menyedari kehilangan hujung ibu jari kaki. Saya bimbang akan diserang lagi kerana kaki berdarah,” katanya.
Pihak berkuasa bandar berkata pantai itu akan dibuka kerana ia adalah tarikan penting pelancong di rantau Pantanal Brazil, terkenal kerana pelancongan ekologi.

Setiap September, Caceres menganjurkan pesta perikanan terbesar, acara seminggu yang menarik 200,000 pelancong untuk memancing dan menikmati konsert.

Pegawai keselamatan sudah memasang tanda amaran kepada orang ramai supaya berwaspada jika berenang. – AP/Agensi









Laut sebar sisa radioaktif Fukushima

0 comments
Laut sebar sisa radioaktif Fukushima

Dunia












BEG beras jenis Koshihikari diidapati turut dicemari radioaktif dan diharamkan pihak berkuasa Jepun.

BEG beras jenis Koshihikari diidapati turut dicemari radioaktif dan diharamkan pihak berkuasa Jepun.







TOKYO: Sebahagian besar sisa radioaktif akibat bencana di loji nuklear Fukushima jatuh ke lautan dan merebak ke seluruh planet selepas dibawa air laut, kata penyelidik Jepun di sini semalam.

Selain itu, pihak berkuasa mengharamkan beras dari sebuah kawasan berhampiran loji Fukushima yang membocorkan radiasi sejak musnah dalam gempa bumi dan tsunami, 11 Mac lalu.




Sehingga 80 peratus bahan radiasi caesium yang dibebaskan loji kuasa Fukushima Daiichi jatuh ke Pasifik dan menular ke laut lain di seluruh dunia, kata saintis di Institut Penyelidikan Meteorologi.





“Bakinya jatuh di atas tanah di sekitar Fukushima. Akibatnya lautan lebih tercemar berbanding darat walaupun data terkini menunjukkan pencemaran lautan disebabkan kemalangan itu di bawah paras yang menjejaskan manusia,” kata penyelidik di institut itu, Hiroshi Takahashi.

Penyelidik berkata, bahan radioaktif termasuk caesium-137, tersebar luas apabila memasuki lautan dan setiap partikel diukur tidak sampai satu mikrometer, satu pertujuh daripada saiz sel darah merah manusia.

Menggunakan simulasi komputer, mereka menetapkan bahan radioaktiif pertama tersebar ke timur laut melepasi timur Russia dan Alaska, sebelum masuk ke Lautan Pasifik dan sampai ke pantai barat Amerika sekitar 17 Mac lalu, kata Takahashi.

Bahan itu dipercayai menyempurnakan penyebaran seluruh dunia pada 24 Mac lalu, katanya, sambil menambah hasil kajian akan dibentangkan di pertemuan akademik di Nagoya, tengah Jepun.





Beberapa kajian terdahulu, termasuk satu yang dihasilkan di Perancis bulan lalu, merumuskan kejatuhan itu dicairkan oleh arus lautan dan kecuali bagi spesies berhampiran pantai, ia tidak memberi ancaman. – Reuters









Protes lagi jika bebaskan Thaksin

0 comments
Protes lagi jika bebaskan Thaksin

Dunia
















Baju Kuning beri amaran kepada kerajaan pimpinan adik bekas PM

BANGKOK: Pembangkang Thailand memberi amaran akan melancarkan bantahan di jalan raya jika kerajaan pimpinan Yingluck Shinawatra terus cuba mendapatkan pengampunan untuk abangnya, Thaksin, bagi membolehkan bekas Perdana Menteri yang disingkirkan itu bebas dan pulang ke tanah air.




Kerajaan enggan mengesahkan ada sebarang rancangan seumpama itu dan Thaksin sendiri tidak memberi reaksi kepada usaha itu dari kediamannya di Dubai, tempat tinggal beliau yang memilih tidak pulang bagi menjalani hukuman dua tahun penjara kerana salah guna kuasa.





Thaksin disingkirkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006. Beliau kekal tokoh utama dalam krisis politik enam tahun di Thailand. Beliau dipuji golongan miskin di bandar dan pedalaman tetapi dimusuhi rakyat kelas pertengahan dan golongan diraja.

Pakatan Demokrasi Rakyat (PAD), penyokong ‘Baju Kuning’ yang melemahkan kerajaan Thaksin dengan perhimpunan jalanan besar-besaran sebelum rampasan kuasa tentera, berkata pengampunan itu akan menjadikan Thaksin sebagai ‘orang bebas.’

“Kami akan adakan perhimpunan jika pengampunan diberi kepada Thaksin,” kata jurucakap PAD, Panthep Pongpuapan. PAD akan mengadakan pertemuan lewat minggu depan untuk memutuskan tindakan seterusnya.

“Thaksin mesti dihukum,” katanya.





Menurut media Thailand, jemaah menteri membincangkan isu pengampunan itu.

Cadangan Kabinet itu akan dikemukakan kepada Raja Bhumibol Adulyadej, dan dijangka diluluskan bagi mendapatkan pengampunan diraja pada sambutan hari jadinya 5 Disember depan membabitkan banduan berusia 60 tahun ke atas yang tidak sampai tiga tahun lagi untuk menghabiskan hukuman.

Thaksin, 62, disabitkan bersalah menyalahguna kuasa pada 2008 dan lari sebelum hukuman penjara dua tahun itu dijatuhkan.

Akhbar Bangkok Post melaporkan, deraf pengampunan kali ini mengecualikan rasuah.

Perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Kabinet, Selasa lalu, lapor media, tetapi tidak menyebut mengenainya dalam kenyataan rasmi. Pegawai diminta meninggalkan mesyuarat ketika isu pengampunan dibincangkan menteri, menurut laporan.

“Selain pertemuan rahsia yang membolehkan Kabinet meluluskan perintah kuasa pengampunan, masa juga dilihat amat tidak sesuai, pentadbiran cuba mendapatkan kuasa membantu Thaksin ketika orang lain sibuk berdepan kesengsaraan disebabkan krisis banjir,” kata sumber itu. – Reuters









Arroyo tetap mahu ke Singapura

0 comments
Arroyo tetap mahu ke Singapura

Dunia












ARROYO masih dirawat di hospital.

ARROYO masih dirawat di hospital.







MANILA: Bekas Presiden Filipina, Gloria Arroyo, melewatkan lawatannya ke luar negara untuk mendapatkan rawatan, kata rakan bekas pemimpin itu semalam, memanjangkan ketegangan yang melagakan kerajaan dengan kehakiman.

Sepatutnya mengunjungi Singapura, bekas presiden yang berada dalam hospital kini berharap keadaannya bertambah balik sebelum dapat bertolak ke republik itu hari ini, kata jurucakapnya, Elena Bautista Horn.




“Jika sihat, dia akan pergi ke Singapura esok,” kata Horn.





Arroyo, 64, terbabit dalam perbalahan dengan kerajaan sejak Selasa lalu, apabila cuba mencabar larangan ke luar negara dikenakan ke atasnya oleh Presiden Benigno Aquino, yang mahu dia dibicarakan atas dakwaan rasuah dan penipuan dalam pilihan raya.

Arroyo dihalang menaiki penerbangan ke Singapura selepas diiringi Selasa lalu ke lapangan terbang Manila dengan berkerusi roda dan memakai pendakap leher untuk menyokong tulang belakangnya yang dikatakan semakin lemah kerana penyakit tulang.

Kerajaan Filipina semalam menegaskan, Arroyo mesti berada dalam negara untuk berdepan siasatan rasuah, mencabar keputusan Mahkamah Agung, yang memutuskan bekas presiden itu bebas mendapatkan rawatan di luar negara.

Peguam Arroyo, Raul Lambino, memberitahu wartawan, Arroyo membatalkan perjalanan kerana masalah kesihatan, sambil menambah dia lemah, mengalami tekanan darah tidak stabil dan bergantung kepada tiub.





Katanya, kesihatan Arroyo yang semakin buruk mungkin disebabkan kejadian di lapangan terbang yang menyaksikan beliau berkerusi roda dikerumuni kakitangan lapangan terbang dan media ketika cuba meninggalkan Filipina.

Namun Lambino berkata, Arroyo masih berazam untuk berlepas walaupun kesihatannya mungkin terancam.

“Dia mengambil risiko. Dia akan ke lapangan terbang dan meminta untuk berangkat. Ia bukan rundingan. Jika Arroyo tidak melaksanakan haknya, ia bermakna kita tunduk kepada kepatuhan terhadap sesuatu yang tidak baikt,” katanya. – AFP









Tingkap Rumah Putih pecah kena tembak

0 comments
Tingkap Rumah Putih pecah kena tembak

Dunia












Oscar Ortega-Hernandez

Oscar Ortega-Hernandez







Polis tahan suspek serang pejabat Barack Obama

WASHINGTON: Polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun kelmarin disyaki terbabit dalam kejadian tembakan di Rumah Putih minggu lalu, selepas ejen persekutuan menemui dua peluru mengenai rumah agam itu, termasuk satu yang terkena tingkap.




Oscar Ortega-Hernandez ditahan polis Pennsylvania di sebuah hotel berdekatan Indiana, Pennsylvania, kata Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, empat jam perjalanan dari bandar ini.





Tiada sesiapa dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan waktu malam Jumaat dan Presiden Barack Obama dan isterinya Michelle berada di luar bandar ketika itu.

Peluru yang memecahkan tingkap tersangkut kerana tingkap itu kalis peluru, kata jurucakap Perkhidmatan Rahsia, Edwin Donovan. Sebutir lagi peluru mengenai bahagian luar bangunan.

Peluru terbabit ditemui di bahagian selatan Rumah Putih, di mana bilik utama dan bilik tidur Lincoln kediaman persendirian presiden terletak, selain bilik tidur lain dan ruang yang boleh digunakan keluarga pertama itu.

Pegawai perkhidmatan rahsia mendengar tembakan dilepaskan di jalanan antara 700 dan 800 meter selatan kediaman presiden.





Dua kereta dilihat keluar dari situ dengan laju. Satu daripada kenderaan terbabit kemudian ditemui ditinggalkan di kawasan berhampiran dengan raifal semi automatik di dalamnya. Ketika insiden itu, Obama berada di California sebelum menuju ke Hawaii.

Ortega-Hernandez mempunyai rekod jenayah termasuk kesalahan mengedar dadah, kesalahan berhubung arak, melawan daripada ditahan anggota keselamatan dan menyerang anggota polis, kata juru-cakap polis, Sarjan David Schlosser.

Kejadian yang berlaku pada hari Jumaat itu berlaku di Constitution Avenue, sebuah kawasan awam sibuk berdekatan sebuah kompleks beli belah, National Mall.

Anggota Perkhidmatan Rahsia mengawal sekitar tempat berkenaan yang juga dironda ramai polis.

Kawalan keselamatan diperketatkan di Rumah Putih selepas serangan yang memusnahkan bangunan kerajaan di Oklahoma City pada 1995. – Reuters









Ibu tunggal muda ragut wanita warga emas ditahan

1 comments
Ibu tunggal muda ragut wanita warga emas ditahan

Mutakhir
















JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal berusia 18 tahun ditahan polis selepas meragut seorang wanita warga emas di tempat letak kereta pasar raya Tesco di Kulai Jaya semalam.

Kejadian berlaku pada jam 6 petang ketika mangsa, Enah Hassan, 59, sedang berjalan menuju ke keretanya selepas selesai membeli-belah.




Ketua Polis Daerah Kulai Jaya, Supt Zulkefly Yahya, berkata mangsa yang keseorangan ketika itu tiba-tiba dihampiri suspek yang kemudian bertindak merampas dompet yang dipegang mangsa.





"Selepas meragut dompet mangsa, suspek terus melarikan diri namun tindakan

mangsa menjerit meminta tolong berjaya menarik perhatian orang ramai.

"Suspek berjaya ditahan oleh orang awam dan anggota polis peronda yang kebetulan melalui kawasan itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai Jaya hari ini.

Enah cedera di bahagian lutut kiri selepas ditolak suspek yang didapati

positif dadah jenis syabu.





Suspek yang berasal dari Kulai dan mempunyai seorang anak berusia setahun

itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Dia kini ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah

Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 14 tahun dan

sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam kes berasingan, beliau berkata pihaknya menahan seorang lelaki bersama

seorang ibu tunggal beranak empat di sebuah hotel bajet di Senai kerana memiliki

55 gram heroin dan 2.4 gram syabu semalam.

Nilai pasaran dadah yang dijumpai di atas katil suspek berusia 39 dan 35

tahun itu adalah RM2,600.

Mereka turut didapati positif dadah dan kini ditahan reman sehingga Khamis

depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

yang membawa hukuman gantung sampai mati mandatori.

Kedua-duanya mempunyai rekod lampau berkaitan dadah. - BERNAMA









Kerajaan pastikan dasar baru tidak membebankan: Muhyiddin

0 comments
Kerajaan pastikan dasar baru tidak membebankan: Muhyiddin

Mutakhir
















PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hari ini, membuktikan kerajaan responsif dan memastikan dasar baru yang hendak dilaksanakan tidak membebankan dan menjejaskan pembelajaran di sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata disebabkan itu



bagi pelajar yang sudah ada dalam sistem PPSMI, mereka dibenarkan meneruskannya
sehingga habis.





"Sementara pelajar yang baru masuk sekolah pula akan mengikuti sistem baru

iaitu Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

(MBMMBI).

"Jadi saya haraplah (keputusan mengenai PPSMI) diterima baik oleh semua

peringkat masyarakat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat

mengenai pelaksanaan "Soft Landing" PPSMI di Pusat Konvensyen Antarabangsa



Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pekeliling baru akan dikeluarkan secepat mungkin kerana pekeliling asal mungkin tidak jelas serta sedikit mengelirukan terutamanya berhubung pelajar Tingkatan Satu tahun depan perlu menggunakan Bahasa Malaysia (BM) sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran

itu.

Mengenai buku teks sekolah pula, beliau berkata ia akan dibekalkan dalam BM

dan juga Bahasa Inggeris (BI), jadi terpulang kepada pihak sekolah untuk

memilih.

"Kertas peperiksaan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian

Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibuat dalam dwibahasa

dan pelajar bebas untuk memilih sama ada hendak menjawab dalam BM atau BI,"

katanya.

Mengenai pemilihan pengajaran dan pembelajaran Saind dan Matematik sama ada

dalam BM atau BI ditentukan pihak sekolah atau ibu bapa, Muhyiddin berkata:"

sekarang pun sekolah sudah membuat keputusan sendiri".

"Semasa kita kata PPSMI dibuat dalam BI apabila sekolah tengok ia tidak

boleh dilaksanakan, mereka gunakan BM, jadi sekolah teruskanlah," katanya dan

menambah sekolah lebih arif mengenainya.- BERNAMA







Komen Anda






Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen





Pemansuhan PPSMI sekolah rendah 2016, sekolah menengah 2021

0 comments
Pemansuhan PPSMI sekolah rendah 2016, sekolah menengah 2021









PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) kekal dan kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut sesetengah pihak.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu pada 2021.



"Kabinet juga memutuskan untuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.




"Ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan," katanya pada sidang media selepas mengadakan taklimat tertutup dengan Pegawai Kementerian Pelajaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, sebentar tadi.


Komen Anda






Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen


QASSMANN LUQMANN


Dalam kementerian pendidikan terlalu banyak program dan dasar yang pada asasnya sangat membebankan guru sehingga kadang-kadang kerana ingin menyiapkankan laporan demi laporan itu guru terpaksa mengambil masa yang sepatutnyanya dia berada dalam kelas. Di pedelaman sabah khususnya PPSMI berjalan seperti yang diarahkan,walau pun agak banyak masalah dari bahan ( CD ) yang di hantar tetapi P&P tetap berjalan dengan lancar dan murid secara tidak langsung dpt belajar bahasa inggeris,setidak2nya istilah mereka gunakan. pada pendapat saya Kementerian Pelajaran harus meneliti masalah sekolah SKM, yang guru penolong kanan Pentadbiran,HEM dan KOKUM terpaksa masuk kelas sehingga 28-30 masa seminggu. di samping banyak lagi tugas khas yang terpaksa di tanggung. Dimana lagi kualiti yang hendak diharapkan kalau mereka terpaksa menerima beban yg sedemian berat. Pendek cerita apa pun program di rancang perlulah difikirkan juha tenaga pelaksananya. barula program itu mendapat hasil yg berkualiti. kalau tidak sampai kiamat pun macam ini jugalah, yang di kejar x dpt yg kendong bercicira.







EEYNA SUBRI


baguss...bahasa sejati bahasa melayu..tapi kerajaan kena memperkasakn lagi bhasa ingeris dikalangan budak sekolah supaya tak ketinggaln







abdul hamid suddin


Satu langkah yg baik bgi mngutuhkan bahasa ibunda kita.







Osman


Tahniah. Martabkan kembali bahasa Melayu. Kepada yang inginkan bahasa Inggeris, skor A++ dalam Bahasa Inggeris, Sastera Inggeris, Muet.







Tiqah Azmi


Saya telah mendengar khabar angin dari beberapa pihak tentang isu PPSMI akan dibekukan pada tahun 2012. Alhamdulillah dilambatkan. Akan tetapi, saya berasa kasihan kepada murid-murid pada tahun 2017 dan 2021 kerana terpaksa belajar bahasa melayu dalam sains dan math.







abriza


kenapa mengambil masa yg lama? anak saya tidak dapat belajar math sains dalam bahasa saya tak faham mengapa mengambil masa begitu lama. nampaknya anak saya yg sekarang di darjah 2 tidak akan merasa belajar di dalam bahasa melayu, bukan kami tidak suka ppsmi, tetapi pengalaman anak2 saya yg lepas, guru tidak dapat menyampaikan dgn baik dan juga kefahaman dlm bi amat menyukarkan terutama dlm mp sains. keputusan ini mmg baik dan saya sokong tetapi terlalu lama utk dilaksanakan, beruntung pelajar tahun 1 akan datang.











Kenapa lambat sangat, kalau dulu semasa pengautkuasaan, murid tingkatan 1 terus belajar dalam Bahasa Inggeris walaupun sebelumya mereka belajar dalam Bahasa Melayu semasa darjah 1-6, kenapa boleh? Sepatutnya boleh dilaksanakan lebih awal lagi. Keputusannya sama juga sebab kini majoriti guru mengajar dalam Bahasa Melayu. Hanya sekolah berasrama penuh sahaja mungkin yang mengajar dalam BI. Langkah awal yang perlu juga ialah memansuhkan elaun PPSMI agar semua guru yang menikmatinya tidak akan cuba mepertahankan apa-apa.







FADILAH ANAK LAMAT


saya tak nampak di mana logik dan munasabahnya jika sistem bahasa dlm P n P selalu di tukar. saya berharap ianya akan berterusan sampai bila-bila kerana bahasa inggeris mmg sgt penting. jika pgunaan bhs inggeris dlm M3 dan sains jadi ia dpt mengukuhkan lagi penguasaan bhs inggeris dlm kalangan pelajar terutamanya pelajar luar bandar. jika dari dulu kerajaan menggunakan bahasa inggeris dlm pddikn, saya percaya saya hari ini bukan seseorang yang takut/lemah berkomunikasi dlm bahasa inggeris..

Penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 dipanggil beri keterangan: Hishammuddin

0 comments
Penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 dipanggil beri keterangan: Hishammuddin

Mutakhir
















KLUANG: Polis sudah memanggil penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis berhubung penganjuran program itu dan memanggil mereka bagi membantu siasatan.




"Kita sudah panggil penganjur cuma saya belum menerima laporan sama ada mereka sudah direkodkan keterangan atau tidak. Kertas siasatan itu nanti akan diputuskan Peguam Negara sama ada untuk mengenakan dakwaan atau tidak," katanya selepas majlis penyerahan 67 ekor lembu korban bagi kawasan Parlimen Sembrong di sini, hari ini.





Penganjuran program itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.

Hishammuddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpendirian penganjuran program itu bukan saja bercanggah dengan undang-undang negara tetapi juga agama, adat resam dan budaya yang boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat. - BERNAMA













Siasatan pertukaran saham MAS-AirAsia perlu disegerakan: Tun Mahathir

0 comments
Siasatan pertukaran saham MAS-AirAsia perlu disegerakan: Tun Mahathir

Mutakhir
















KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata siasatan berhubung perjanjian pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia perlu dilaksanakan secepat mungkin tanpa menjejaskan operasi harian kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan.

"Kalau nak siasat...siasatlah, tapi pastikan janganlah sehingga boleh mengganggu perjalanan operasi harian MAS dan AirAsia," katanya selepas menyampaikan ucapan penutup di Forum Ekonomi Cina Dunia ketiga di sini, hari ini.




"Macam ambil buku akaun berbulan-bulan, sampai tak bagi balik, orang tak boleh beroperasi, susahlah," tambahnya lagi.





Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, memberitahu Dewan Rakyat bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia sudah memulakan siasatan berhubung perjanjian pertukaran saham antara MAS dan AirAsia.

Mengulas pandangannya terhadap pertukaran saham antara MAS dan AirAsia, Tun Mahathir berkata, beliau menyokong urus niaga tersebut kerana ia memberi nilai tambah kepada MAS.

"Saya hanya mengadu pasal pengurusan sebab MAS selalu rugi sedangkan AirAsia mampu mengurangkan kos begitu rendah sehingga boleh beroperasi. Kalau kos dia (AirAsia) rendah sampai rugi, hari ini syarikat itu dah tutup.

"Jadi ada sesuatu pengetahuan yang ada pada AirAsia yang mungkin boleh diguna oleh pihak MAS," katanya lagi. - BERNAMA













Rayu atau tidak AUKU selepas bincang dengan Peguam Negara

0 comments
Rayu atau tidak AUKU selepas bincang dengan Peguam Negara

Mutakhir
















PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sama ada mahu merayu atau tidak keputusan Mahkamah Rayuan, yang menyatakan peruntukan Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya dah beri taklimat kepada Kabinet. Tindakan selanjutnya, (akan diambil)selepas saya bincang dengan Peguam Negara," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada media hari ini.




Mahkamah Rayuan, pada 31 Oktober, memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara. - BERNAMA



















Kohort PPSMI boleh diteruskan hingga Tingkatan 5: Muhyiddin

0 comments
Kohort PPSMI boleh diteruskan hingga Tingkatan 5: Muhyiddin

Mutakhir
















PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.




"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.





"Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan berharap dengan keputusan membenarkan kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan ibu bapa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini. - BERNAMA





Sampel berkemungkinan besar tulang manusia tiada DNA: Peguam

0 comments
Sampel berkemungkinan besar tulang manusia tiada DNA: Peguam

Mutakhir
















SHAH ALAM: Perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa 30 spesimen yang berkemungkinan besar tulang manusia yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis tidak mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA).

Perkara itu dibangkitkan oleh peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N.Pathmanabhan, semasa menyoal balas saksi ke-63 pendakwaan, pakar perunding forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Nurliza Abdullah.




Terdahulu, Dr Nurliza, 46, memberitahu mahkamah bahawa sebanyak 30 sampel daripada 2,030 spesimen yang diambil dari Sungai Panchau dan Ladang Gadong di Banting, yang didakwa menjadi lokasi pembunuhan itu, dihantar ke Jabatan Kimia untuk mendapatkan DNA.





Beliau berkata 18 sampel telah diambil oleh Pengarah Bahagian Forensik jabatan itu, Lim Kong Boon, pada 15 Sept tahun lepas manakala baki 12 sampel diambil pada 21 September tahun lalu oleh ahli kimia, Nor Aidora Saedon.

Ditanya oleh Manjeet Singh, sama ada Jabatan Kimia memaklumkan kepada beliau mengenai hasil analisis DNA itu, Dr Nurliza berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya cadangkan kepada awak mereka tidak menjumpai DNA pada kesemua 30 sampel itu," kata Manjeet Singh dan saksi itu menjawab beliau tidak tahu.

"Awak terkejut saya beritahu perkara ini?" soal Manjeet.





"Saya tidak terkejut," jawab Dr Nurliza.

Saksi itu menyambung keterangannya pada hari ke-46 perbicaraan kes Pathmanabhan, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang T Thilaiyalagan, R Matan serta R Khatavarayan yang dituduh membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Pathmanabhan, 42; Thilaiyalagan, 20; Matan, 21; dan Kathavarayan, 31, didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos tahun lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Semalam, dalam keterangannya Dr Nurliza mengesahkan bahawa 2,030 daripada 2,040 spesimen yang ditemui di sungai dan ladang berkenaan berkemungkinan besar tulang atau gigi manusia.

Ketika disoal Manjeet Singh sama ada beliau mempunyai kepakaran atau pengetahuan berhubung struktur rangka haiwan seperti lembu dan anjing, saksi itu menjawab beliau hanya mempunyai pengetahuan secara umum sahaja mengenai perkara itu.

"Selain kamu hantar sampel spesimen untuk dirujuk pada pakar gigi, radiologi dan mikroskopik, adakah sampel berkenaan dihantar kepada veterinar?" kata Manjeet.

Dr Nurliza menjawab tidak.

Ditanya mengenai penggunaan istilah 'non-human bones' (bukan tulang manusia) dalam laporan pemeriksaannya, saksi itu menjelaskan beliau tidak dapat mengenal pasti apakah bahan spesimen berkenaan.

"Saya tidak tahu tulang apa, saya hanya boleh kenal pasti item memiliki sifat-sifat atau ciri-ciri manusia. Kalau tidak ada sifat-sifat manusia, kami cakap non-human bones," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir disambung 8 November. - BERNAMA









Pembayaran RM888,000 dibuat kepada LCL Interior, bukan Awana Dubai

0 comments
Pembayaran RM888,000 dibuat kepada LCL Interior, bukan Awana Dubai

Mutakhir
















KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pembayaran wang sebanyak RM888,000 bagi pelaksanaan projek restoran Malaysia di Dubai dibuat kepada LCL Interior, dan bukan Awana Dubai.

Bekas Ketua Pengawal Kewangan Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (PEMPENA), Lim Khing Tai, berkata ini kerana Awana Dubai, yang bertanggungjawab melaksanakan projek itu pada 2007, belum mempunyai akaun bank.




Lim, 40, yang kini perunding bebas, turut menafikan beliau melakukan kesalahan besar kerana membuat pembayaran kepada LCL Interior.





Saksi ketujuh pendakwaan itu berkata bekas Ketua Pegawai Operasi PEMPENA Mohammad Rosly Md Selamat memberitahunya secara lisan supaya menyediakan pembayaran berkenaan.

"Saya kemudian mengarahkan staf saya menyediakan pembayaran secara kiriman wang kepada syarikat LCL Interior yang dimiliki oleh Datuk Low Chin Meng," katanya pada perbicaraan kes pecah amanah membabitkan Mohammad Rosly dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab.

Pada 16 Ogos tahun lalu, Mirza, 54, dan Mohammad Rosly, 57, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah meluluskan pembayaran wang berjumlah RM888,000 ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Feb 2007, bagi projek pembinaan Restoran Malaysia Dubai tanpa mematuhi syarat yang ditetapkan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat PEMPENA di Tingkat 3, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra pada 27 Feb 2007.





Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun, dan denda, dan juga boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Lim mengakui beliau tidak memaklumkan pembayaran yang dibuat kepada LCL Interior kepada Ahli Lembaga Pengarah PEMPENA pada mesyuarat bertarikh 22 Disember 2007.

"Saya dipanggil untuk menghadiri mesyuarat itu hanya sebagai jemputan dan saya tidak boleh bercakap di dalam mesyuarat, ataupun senyum," katanya ketika disoal peguam G.Rajumaren yang mewakili Mohammad Rosly.

Bagaimanapun, Rajumaren mempersoalkan jawapan Lim dan membacakan kepada mahkamah beberapa minit mesyuarat yang mencatat pandangan saksi itu.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh kemudian meminta penjelasan Lim mengenai perkara itu.

Lim berkata beliau hanya akan bersuara apabila pandangannya diperlukan, atau ketika disoal ahli lembaga pengarah PEMPENA.

Rajumaren turut mencabar kredibiliti saksi itu dengan mengungkit kejadian lampau yang menyaksikan Lim menukar minit mesyuarat bertarikh 19 Disember 2006 untuk menyebelahi Low dalam satu projek tempatan, iaitu Wisma Yeap Chor Eee & Khoo Kongsi, namun Lim menafikan beliau membuat pindaan berkenaan.

Perbicaraan disambung 14 November ini. - BERNAMA









Melaka perkenal MelakaKAD

0 comments
Melaka perkenal MelakaKAD

Mutakhir
















AYER KEROH: Melaka mencipta sejarah apabila muncul sebagai negeri pertama di negara ini menawarkan perkhidmatan kad pembayaran tunai elektronik sendiri bagi kegunaan penduduk dan pelancong yang hendak meningkatkan kecekapan pengurusan tunai masing-masing.

Diberi nama MelakaKAD dan dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, tengah hari tadi, perkhidmatan baru ini dibangunkan oleh Bahagian K-Ekonomi kerajaan negeri dengan kerjasama IPS Sdn Bhd (IPS), pengendali skim e-tunai MEPSCASH.




Mohd Ali berkata, sebagai permulaan pihaknya mensasarkan mengagihkan sebanyak 3,000 kad itu di seluruh negeri menjelang penghujung Disember ini dan yakin dapat meningkatkan jumlah itu kepada 100,000 pada tahun depan.





"Sebagai permulaan, penggunaan kad elektronik ini boleh dilakukan di pusat pelancongan utama di negeri ini seperti sekitar Ayer Keroh dan Banda Hilir yang meliputi Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise, serta Melaka Planetarium.

"Selain itu, ia juga boleh digunakan bagi pembayaran lebih 130 jenis bil melalui laman web PosOnline," katanya selepas melancarkan kad berkenaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

Keputusan muktamad

0 comments
Keputusan muktamad

MukaDepan
















Kerajaan tak tunduk ugutanTPM beri penjelasan hari ini

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah muktamad dan tidak akan tunduk kepada ugutan berbaur politik. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, mahu polemik isu berkenaan dihentikan.




"Ini bukan soal membuat keputusan terburu-buru. Kita bukan membuat keputusan berdasarkan politik, sebaliknya apa yang difikirkan terbaik untuk rakyat dan negara"

Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri




Katanya, beliau akan memberi penjelasan terperinci segala persoalan dan kebimbangan ibu bapa berhubung peralihan yang perlu dilalui anak mereka, kedudukan PPSMI serta pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hari ini.

"Kerajaan tidak boleh bertindak `terdesak dan tertunduk' kepada kumpulan kecil yang berterusan menuntut PPSMI dikekalkan, kerana majoriti rakyat memahami serta menerima keputusan yang dibuat pada 2009 untuk memansuhkan dasar itu,” katanya.

Beliau menyifatkan pihak yang lantang menyuarakan desakan itu, termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE), sebagai melewati tempoh dan ketinggalan kerana membuat tuntutan selepas hampir dua tahun keputusan diumumkan dan dasar MBMMBI juga sudah dilaksanakan di sekolah.
“Sejak mengumumkannya (pemansuhan PPSMI) pada 2009, kita tidak menerima reaksi negatif. Sebahagian besarnya menerima baik. Saya bawa kepada Kabinet, diluluskan. Saya bawa ke Parlimen, ia dibincang dan dibahas, semua pihak bersetuju, termasuk pembangkang, pada waktu itulah. Sekarang apabila ada kumpulan begitu membuat desakan, mungkin pihak pembangkang pun hendak lompat masuk ke sana.

“Bagi kita, ini bukan soal Kementerian Pelajaran membuat keputusan terburu-buru. Kita bukan membuat keputusan berdasarkan politik, sebaliknya apa yang difikirkan terbaik untuk rakyat dan negara kerana kementerian memiliki cukup data dan maklumat mengenai bagaimana PPSMI dilaksanakan, apa hasil pelaksanaan itu sehingga kita membuat penilaian dan keputusan untuk tidak meneruskannya, ada asas yang kukuh.

“Sebab itu jika ada pihak yang mendesak, kita faham negara ini demokrasi dan tidak menyekat atau menghalang sesiapa bersuara walaupun mereka kadang-kadang sudah melebihi batas sehingga hendak mengugut, tetapi kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan sebegini,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan guru Bahasa Inggeris yang menyertai Program Mentor Pengajaran Bahasa Inggeris (ELT) anjuran SMR HR Group di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SMR Group, Datuk Dr R Palan.

Program itu membabitkan 120 mentor dari seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan United Kingdom.

Mengulas ugutan berbaur politik, Muhyiddin berkata, terserah kepada masyarakat untuk menilai pihak terbabit.

“Sebenarnya soal PPSMI sudah tutup. Saya pun sudah mengatakan bahawa PPSMI sudah tidak ada lagi. Mulai tahun ini, ia tidak lagi dilaksanakan. Kita sudah melaksanakan dasar baru (MBMMBI) di sekolah seluruh negara. Muktamad. Noktah.

“Yang rakyat ingin tahu ialah bagaimana peralihan itu kerana ada pelajar yang sudah berada dalam sistem (PPSMI) sebelum kita hendak memansuhkannya. Oleh itu, kita mahu proses pembelajaran mereka tidak tergendala.

“Mereka ini mungkin kita akan beri pertimbangan, esok (hari ini) saya akan jelaskan secara terperinci bagaimana peralihan itu berlaku supaya ibu bapa tidak risau.

“Saya ada menerima SMS daripada ibu bapa yang bimbang, saya faham, saya pun ada anak, saya tahu. Kita tidak mahu ganggu mereka, jadi saya akan umumkan bagaimana kelonggaran dan proses peralihan itu akan dilakukan,” katanya.

Mengenai kenyataan MCA dan MIC yang turut meminta kerajaan mengkaji semula keputusan memansuhkan PPSMI pula, Muhyiddin berkata, dua parti komponen BN itu tidak menyatakan bantahan tetapi sekadar memberi pandangan tambahan.

Sambil berpendapat pihak berkenaan akan memahami apabila penjelasan diberikan, beliau berkata, MCA dan MIC juga adalah sebahagian daripada kerajaan di mana wakil mereka dalam Kabinet turut bersetuju ketika keputusan memansuhkan PPSMI dibuat.







Komen Anda






Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen


pak awang


penguasaan bahasa inggeris menjadikan pelajar kita lebih lebih gah di persada antarabangsa dan penguasaan bahasa melayu menjadikan jatidiri pelajar-pelajar kita lebih hebat.







Pekerja Malaysia


klaulah PPSMI diperkenalkan pada zaman saya , mesti saya rasa bertuah, sekarang nih, bila nak tulis email pon susah sebab semua communication dalam BI, kaum lain kemungkinan tiada masalah sebab mereka praktis penggunaan BI di rumah, tapi kaum melayu sudahla tak praktis BI di rumah .. may be mak bapak skrg tak kisah nanti akibatnya bila anak2 nak masuk alam pekerjaan baru tahu betapa pentingnya BI, so kesimpulan melayu sentiasa akan terkebelakang







Suhaimi


Penguasaan bahasa asing boleh melemahkan daya analitikal pelajar. Masa saya belajar dulu, yang punya daya analitikal dan penyelesaian masalah serta kreativiti, orang yang tak reti cakap BI. Mana lebih penting?







generasi baru


ada pro dan kontra.

bukan menidakkan bahasa melayu,tapi di peringkat global,spt undang2,sains, semuanya mengunakan BI.utk maju kita kena berfikir ke hadapan.







Cg Ridzuan


Saya bukan generasi PPSMI. Saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda, dan saya serta rakan-rakan lain menguasainya dengan penggunaan bahasa ibunda sehinggakan kami mampu berbincang dan memperkatakan konsep-konsep dalam fizik, kimia dan biologi serta Matematik dan Matematik Tambahan secara jelas dengan bahasa ibunda. Saya dapat membina kefahaman saya dengan begitu TEGUH dan UTUH sehinggakan saya tak punya sebarang masalah bagi memahami subjek-subjek yang saya pelajari semasa di Matrikulasi dan pengajian peringkat Ijazah saya.

Amat rugi kalau kita pelajari sesuatu ilmu baharu bukan menggunakan bahasa ibunda kita. Kita rugi dari aspek pemahaman. Kalau dengan menggunakan bahasa ibunda kta boleh fahami sesuatu perkara dengan lebih mudah, kenapa pilih bahasa kedua yang menyebabkan kita susah memahaminya.

Kalau mahukan anak-anak kita mahir berbahasa Inggeris, latih la dia dalam percakapan, penulisan, pendengaran dan pembacaan yang lebih dekat dengan diri mereka. Bukanlah ilmu Sains dan Matematik yang jauh dari aplikasi kehidupan seharian mereka.

Sekadar pendapat berdasarkan pengalaman yang hanya sedikit dalam bidang pendidikan.







Yakub Uton


Tahniah kepada TPM dan KPPM dan warga guru di seluruh negara.







Ghazali Amir


Adalah diharapkan semua pihak sedar mengenai PPSMI ini kerana perbincangan mengenainya (untuk mengekal, mengubah atau memansuhkannya) telah pun dibuat sejak era Dato Hishamuddin menjadi Menteri Pelajaran lagi. Bermakna isu ini telah lama dan telah pun diputuskan oleh pihak Menteri Pelajaran sekarang. Sepatutnya kalau benar-benar ingin memberi pendapat, dan mahu pendapat itu diambil kira, berilah ia semasa persidangan Meja Bulat yang telah dibuat dahulu beberapa kali. Janganlah menjadi "Rumah Siap Pahat Berbunyi".







frank morris


Kita negara konsumer bukan negara pengeluar ilmu. negara lain adalah pengeluar ilmu maka tidak hairan boleh maju dengan bahasa ibunda masing-masing. kita masih merangkak dalam sains & matematik. golongan sains dan matematik cuma diam tetapi hakikatnya mereka mendambakan anak bangsa (melayu, cina, dan india) mereka mempelajari sains & matematik dalam bahasa inggeris untuk lebih berdaya saing di peringkat global. mulakan dari umur 7 tahun.







Nor


Kami sokong penuh tidakan TPM. Syabas! Walaupun anak saya cemerlang ketika PPSMI dilaksanakan, namun saya bersimpati dgn nasib 90% lagi rakan-rakannya yg dapat B dan gred ke bawah dlm subjek sains kerana gagal menjawab bahagian B (UPSR) dgn baik dlm bahasa Inggeris. Malah anak-anak ini tersangat keliru apabila anda mengajar sains dan menyebut istilah tentang tumbuhan contohnya bunga raya sebagai 'hibiscus' dan pelbagai pokok yg tumbuh melata di tepi jln dan di sekolah mereka dlm bahasa Inggeris! Ia berbunyi sangat pelik...bukankah mudah kalau kita gunakan bahasa ibunda dahulu...anak-anak yg ada masalh pembelajaran pun akan dapat dikurangkan masalahnya! Anak-anak ini perlu menguasai bahasa ibunda dgn baik sebelum menggunakan bahasa kedua sebagai bahasa pembelajaran - ini adalah nasihat pakar kanak-kanak terkemuka dunia Dr Mel Levine.







zan


Agak terkilan kenapa PPSMI dulu dibuat secara tergesa-gesa, dibuat tanpa melihat kredibiliti & kemampuan guru. Terimakasih TAn Sri atas MBMMBI, saya sokong .







Suhaimi


Baguslah kalau kerajaan bertegas dalam hal ini. Mesti ada titik penamat. Jika tidak, isu ini seumpama kapal yang tidak dilabuhkan sauh. Terumbang-ambing. Betullah ada orang kata, PPSMI tak sepatutnya wujud langsung.







Mohd Nazri


sokong sepenuhnya keptusan mansuh tersebut.







ahmad khamal abdullah


syabas atas sikap tegas dan menyebelahi majoriti rakyat dan kesetiaan terhadap perlembagaan dan undang-undang. Maju terus YAB Timbalan Perdana Menteri kami menyokong Tan Sri.







Opinion


Ada kebaikan dan keburukan. Kebaikan nya untuk mempertahankan bahasa ibunda sahaja. Keburukan pula, di peringkat global, kerjaya & University. Contohnya, ramai bekas graduan masih tidak fasih berbahasa english bila bertutur dengan peringkat global dan kerjaya hari ini lebih mengutamakan bertutur dalam bahasa english tak kira verbal atau pun emails dan lain2.

Pada pendapat saya, bahasa english juga merupakan bahasa paling penting untuk berhubung di serata dunia selain BM.







guru sains


keputusan adalah muktamad....apa2 pun cadangan saya ..untuk tidak menjejaskan kemahiran bahasa inggeris para pelajar..teruskan soalan dalam bentuk dwibahasa.







Pak_Jul


Hidup T S Mahyudin, sepatutnya perlaksanaan MBMMMBI dipercepatkan kerana ianya bukan perkara baru, kalau terpaksa guna balik buku sekolah lama.







Rozlan Alias


Saya harap YAB Menteri dan kerajaan tegas dan tidak berganjak memansuhkan ppsmi demi kebaikan orang melayu dan negara.








saya merupakan generasi pertama ppsmi yang dilaksanakan pada 2003. ppsmi adalah satu program yang baik dan saya bersyukur dan bertuah kerana menjadi sebahagian daripada nya. program ini seharusnya diteruskan kerana subjek matematik dan sains tetap akan diajar di dalam bahasa inggeris ketika melangkah masuk ke universiti. tindakan memansuhkan ppsmi hanyalah akan menyusahkan para pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang sains di peringkat universiti.







yushail


Memang sepatutnya kerajaan bertegas dan jangan tunduk atas desakan sebegini. Keputusan telah pun dibuat, jangan jadikan anak-anak kita bahan ujikaji,, tolong fikirkan mental mereka.







Yatiman bin Hasin


pada saya bahasa inggeris boleh diperkukuh dalam MBMMBI tak ada masalah







faizal


Bagus!Keputusan awal sudah dibuat,MBMMBI sudah diperkenalkan dan dimulakan,Guru-guru pun sudah dihantar berkursus. Kenapa masih nak kekalkan yang lama? Kalau tidak setuju dengan dasar yang baru, hantarlah anak ke sekolah swasta.Ada pulak mintak diberi pilihan untuk anak samada nak belajar dalam BI atau BM...kesudahannya siapa yang menanggung?Guru-guru jugak.







Mawar


Isu ni pun dipolitikan.... ini lah satu cara untuk melemahkan pelajar Melayu, sebab kurang mahir berbasa Inggeris.... yang herannya orang melayu yang banyak membangkang.. ini bahasa dunia. Sapa kata kalau sesaorang itu fasih bahasa inggeris ini tak patriotik.... renung2 lah.







Adli Shinichi


Salam kepada semua rakyat Malaysia. "Siapa lagi yg akan memartabatkan bahasa Melayu kalau bukan orang Melayu sendiri?







fatin


bahasa melambangkan bangsa.










Polis haram Seksualiti Merdeka

0 comments
Polis haram Seksualiti Merdeka

MukaDepan
















KUALA LUMPUR: Polis mengharamkan semua aktiviti dalam penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 bagi menuntut kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang gay dan lesbian, termasuk yang diadakan secara tertutup, berikutan bantahan pelbagai pihak.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan menghentikan semua aktiviti dalam program yang sepatutnya berlangsung Selasa lalu hingga 13 November ini, atau tindakan tegas diambil termasuk menahan penganjur dan peserta.



Katanya, polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis.




Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti lebih 10 penganjur membabitkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan akan memanggil mereka bagi membantu siasatan termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan yang dijadual merasmikan program itu pada 9 November ini.

“Sehubungan itu, mulai hari ini (semalam) kita akan menghentikan apa juga acara dalam program berkenaan, kita beri amaran kepada penganjur dan peserta supaya bersurai dan jika berdegil, tindakan tegas akan diambil termasuk menahan sesiapa saja yang terbabit.

“Kita akan panggil semua selepas ini kerana kertas siasatan sudah dibuka. Kepada sesiapa yang bercita-cita nak hadir, lupakanlah,” katanya kepada pemberita di Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, semalam.

Program Seksualiti Merdeka diadakan setiap tahun sejak 2008 bertujuan menuntut hak dan kebebasan golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka.



Bertemakan ‘Queer Without Fear’, program berkenaan diadakan di The Annexe Gallery Pasar Seni di sini.

Antara penaja dan penyokong program berkenaan termasuk Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dengan beberapa aktiviti dirancang seperti bengkel, perbincangan, pameran dan persembahan.

Khalid berkata, pihaknya menerima dua laporan polis selain mendapat maklum balas pelbagai pihak yang mengecam penganjuran program berkenaan termasuk NGO dan pertubuhan berkaitan agama Islam serta agama lain.

“Polis bertanggungjawab memastikan keselamatan negara dan bila ada ancaman kepada ketenteraman awam, kita perlu mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Penganjur sepatutnya berfikir terlebih dulu, adakah acara dianjurkan diterima semua golongan masyarakat, malah saya percaya majoriti masyarakat tak boleh menerima homoseksual dan lesbian, jadi janganlah kita nak mengagungkan perkara seperti ini,” katanya.

Khalid kesal kerana Majlis Peguam tidak memberikan nasihat yang betul terhadap penganjur berkaitan pelanggaran undang-undang negara berhubung penganjuran program seperti itu.







Komen Anda






Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen


Nor


Semoga Allah akan selamatkan Malaysia dari manusia2 ini..tentanglah habis-habisan..ingatlah balasan Allah hanya kerana sebilangan umat yg membuat maksiat maka akan terkenalah kesemuanya..







ape nak jdi


hidupkan hukum islam!!! jika hukum islam yg sebenarnya dihidupkan maka tdk akan berlakulah perkara yg sedemikian....







thiru


saya agak terkejut mendengar berita ini.tindakan undang-undang harus diambil segera.







jefrey


memang patut dihalang, jgn biarkan negara menjadi huru hara dengan kegiatan tidak bermoral ini.







mashor


ayuh...saudara ku sesama islam tak kira parti pas atau umno tentanglah budaya ini dan jauhkan dari hidup kita.jika pas lantang boleh menyuarakan kempen bersih kenapa tidak berani buat demontrasi menentang homoseksual dan lesbian ini...kenapa ..dan juga umno jika boleh menentang perhimpunan bersih kenapa tidak boleh buat demontrasi menantang perbutan yang boleh merosakkan akidah manusia khususnya orang islam..tentang mereka..hapuskan dari bumi allah ini..jangan bertelagah sesama islam..ingat kaum lut.yang telah di laknat allah ..akibat perbuatan manusia itu sendiri..umno..pas buatlah sesuatu untuk kesejahteran semua ummah jangan allah murka pada kita..seperti datuk ambiga ini harus diambil tindakan sekeras2nya dan buat masa ini syabas ketua polis negara..teruskan perjuangan mu.demi islam saya berdoa bakti suci itu mendapat rahmat dari allah ..







zam


tuhan dah bagi banyak rahmat kehidupan di negara malaysia penuh keberkatan. kalau aktiviti seksualiti merdeka tak diharam takut bala, kemusnahan dan kemurkaan tuhan pula yang jadi, itu yang bahaya.kita setuju dengan tindakan pihak berkuasa.







Affandy


'Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya Dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadanya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadanya, lupalah ia akan Segala bahaya Yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan ia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): "Bersenang-senanglah Engkau Dengan kekufuranmu itu bagi sementara, Sesungguhnya Engkau dari penduduk neraka'

(Az-Zumar, 8)







hamba


saya agak terkejut bila dapat tau hal ni berlaku.. lebih2 lagi dah dibuat sejak tahun 2008.. memg tak percaya...saya harap pihak atasan dapat membanteras perkara yg tidak boleh diterima akal ni.. masih ada wujud lagi..kaum nabi lut..







wira


amar makruf,nahi mungkar///







kaseh


Tahniah kepada polis. Kerajaan mesti dan wajib bertindak tegas kepada penganjur seksualiti merdeka.Penganjur tidak menghormati perlembagaan negara dan menjiwai rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan. Elok sangat mereka yang seperti ini dilucutkan kewarganegaraan kerana tiada jati diri dan hormat pada perundangan negara. Ini perbuatan orang tidak berakal, mereka sama taraf seperti haiwan. Mohon semua rakyat Malaysia bersatu menentang program seperti ini dan ambil tindakan tegas. Golongan ini perosak bangsa dan keturunan manusia.







afez al assad


salam 1 m'sia, mewakili seluruh rakyat m'sia amat terkeliru dgn pemikiran seekor manusia yg bernama ambiga yg secara terang2 nya telah mempergunakan pentas diatas nama majlis peguam dan hak asasi manusia supaya dapat ia melaksanakan segala rancangan yang boleh menghancur dan menghuru-harakan negara m'sia yang berbilang kaum, dimana majoriti penduduknya adalah beragama islam, dan kami percaya seluruh rakyat m'sia yang mempunyai pegangan agama tidak boleh menerima sama sekali apa yang ingin dianjurkanan iaitu program Seksualiti Merdeka 2011.kerana ia secara terang2nya telah mencabar pelembagaan negara di mana agama islam adalah agama rasmi.di harap kerajaan dapat memandang perkara ini dgn lebih serius sebelum terlewat,kerana lebih baik mencegah dari sekarang sebelum menjadi lebih parah, suadah tiba masanya kaum yg bernama melayu islam bersatu ketepikan segala fahaman politik yg lebih kpd kepayahan utk bersatu,jgn sehingga kami rakyat m'sia beragama islam bangun untuk mempertahankan AGAMA,BANGSA & NEGARA. Masa itu sudah terlewat.







tengkupauljr


saya ingat manusia mcm ni...patut di nikahkan dengan anjing saja. go...PDRM...guna kuasa anda.Kenakan tindakan kepada orang2 yang dah tak berakhlak ni.Buat malu Malaysia je







izz


macam mana lah Datuk Ambiga Sreenevasan boleh jadi Presiden Majlis Peguam sebelum ni.. ape sudah jadi kepada cerdik pandai ni? ambiga patut ambil kursus perubatan sebab dia tak belajar kah ape kesan dari segi perubatan kalau amalkan seks sama jantina banyak penyakit lain akan wujud.







aswad shooter


ini negara islam!!!hormatilah majoriti umat islam kt negara ni!!!







frank morris


Dalam hal ini, jangan benci beliau dari segi individu, tapi benci inisiatif beliau. Ada yang Ambiga buat disokong, ada yang ditolak. Rakyat jelata tahu menilai, cuma, Ambiga, this is not right for all religions and beliefs.







JEEJAN


INILAH SEBAHAGIAN MANUSIA YANG KURANG BERAKAL FIKIRAN YANG SENTIASA MENCIPTA KEROSAKAN MUKABUMI.







Ghazali (nama sebenar)


Orang macam ni tak layak jadi rakyat malaysia. Sudah jelas Islam adalah agama rasmi negara Malaysia, berani betul mereka menuntut hak2 yang ternyata jelas melanggar/bercanggah dengan ajaran Agama Islam yg telah termaktub didalam perlembagaan sebagai agama rasmi. Majoriti rakyat malaysia pasti tidak akan menyokong mereka tp sekiranya kita yang majority ni berdiam diri maka mereka berani sewenang-wenangnya menuntut hak yang bukan2. Marilah kita sekeras-kerasnya menolak ideologi barat yang menyesatkan lagi membinasakan masyarakat. Kepada muslim/muslimah yg menyokong gerakan mereka ini, segeralah bertaubat. Takutlah kpd balasan ALLAH, tak cukup lagi ke bencana2 alam yang menimpa negara2 jiran untuk kita ambil pengajaran. Insaflah kalian saudara/saudari seagamaku.







amoyciplak


mmg patut halang.. sokong sgt2!!







misbahuddin kusnin


Hendaklah kamu masuk islam sepenuhnya. Nescaya kamu selamat







Annfie


Hentikanlah segala yang boleh merosakkan negara... jangan sampai turunnya balasan dari Tuahn baru kita nak bertindak? Saya tidak mahu negara yang tercinta dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Banteras habis-habisan. Kita negara Islam. jangan sewenangnya dipijak-pijak oleh bukan Islam. terima kasih kerana membaca komen saya.







el hafeez


Tahniah kepada Polis Negara

Jika dilihat di sini, bagi mengelakkan ia berulang kembali, satu operasi 'pembersihan' hingga ke akar umbi perlu segera dilakukan.

Begitu juga kepada aktiviti-aktiviti seks bebas, termasuk kelab-kelab malam dan kes 'bunuh anak' atau dengan kata lembut 'buang anak' perlu dihukum dengan hukuman yang lebih keras dan tegas.







Yangretibase


Tahniah polis. Selalu beristiqomahlah anda dalam melaksanakan amanah Allah.







roslan lan


astaghfirullah..Ni kaum Nabi Lut..







hambran


Tangkap penganjur







rizu


bertindak sekarang sebelum terlewat.







coshare2


Sek bebas? Manusia semakin jauh dari fitrah kejadiannya. Si bijak pandai menjadi semakin taksub dgn demokrasi sehingga mereka kembali kepada kejahilan hakiki. Di waktu masyarakat dihidangkan dengan kes2 pembunuhan bayi akibat seks luar nikah, kini muncul pula kumpulan yang inginkan sesuatu yg di luar tabi'e. Inilah strategi manusia2 yang memusuhi agama menggunakan prinsip demokrasi untuk menganyang ketetapan ilahi. Astagfirullah, jangan sampai si kaduk yang naik junjung menggamit kemurkaan Allah yang maha penyayang!







yushail


Polis kena tegas...







abc


dari 2008????? skg baru nk bantah???







luqman


Apalah ambiga ni tak abis-abis, kalaulah turun azam Tuhan dibumi Malaysia ini barulah kita sedar, ingat lagi ke sunami di indonesia. Mana orang-orang dan pengikut pengikut BERSIH tak kan sokong juga kot, tengoklah, bacalah dan dengarlah makluk Tuhan yang selama ini kamu angkat siapa dia sebenarnya. Apa lagi alasan yang kamu bagi pada pemimpin BERSIH ini, bagilah huja-huja kamu yang menyokong ambiga, keluarkan nas-nas kalau ada? Atau mudah saja, mereka yang taksub ini, mereka yang tak nampak kebenaran.










Syria sedia undur kereta perisai

0 comments
Syria sedia undur kereta perisai

Dunia












RAKYAT Syria berhimpun di bandar raya El-Raqqa bagi menyatakan sokongan kepada Bashar al-Assad.

RAKYAT Syria berhimpun di bandar raya El-Raqqa bagi menyatakan sokongan kepada Bashar al-Assad.







Liga Arab mahu keganasan terhadap penunjuk perasaan dihenti, tamat krisis politik

KAHERAH: Syria menerima cadangan Liga Arab yang menggesa ia mengundurkan kereta perisai dari jalan raya dan menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan dalam usaha menamatkan krisis politik negara itu yang berlanjutan selama tujuh bulan, persetujuan yang dipandang skeptikal oleh pembangkang.




Selepas pengumuman kelmarin, Menteri Luar Qatar, Hamad bin Jassim, menggesa Damsyik mematuhi cadangan itu dengan bertindak di tengah kebimbangan Syria meneruskan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan antikerajaan di sebalik kecaman antarabangsa dan janji melakukan perubahan.





Aktivis Syria yang kini berada di Amerika Syarikat, Najib al-Ghadban, yang juga anggota pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria, berkata pelaksanaan inisiatif itu bermakna berakhirnya rejim dan Presiden Bashar al-Assad tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

“Apa yang berlaku hari ini cuma cubaan mendapatkan lebih banyak masa. Rejim ini dikenali kerana tipu daya dan memberikan janji dan tidak melaksanakannya,” kata al-Ghadban kepada The Associated Press.

Dalam keganasan terbaru, tembakan mesingan dan letupan kedengaran di bandar raya yang menjadi pusat kebangkitan rakyat Syria ketika aktivis melaporkan dua serangan kejam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dalam masa 24 jam, walaupun tidak jelas siapa mendalangi serangan.

Usaha Liga Arab mencerminkan keinginan kuat kumpulan itu untuk mengelak melihat seorang lagi pemimpin Arab ditumbangkan secara ganas dan diseret di atas jalan raya, seperti yang berlaku kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, bulan lalu. Keputusan Liga Arab membuka jalan kepada serangan udara NATO yang membantu menjatuhkan Gaddafi.





Syria bersetuju untuk mengundurkan semua kereta kebal dan kereta perisai dari jalan raya, menghentikan tindakan ganas terhadap penunjuk perasaan, membebaskan semua tahanan politik dan memulakan dialog dengan pembangkang dalam masa dua minggu, menurut cadangan itu. Syria juga bersetuju membenarkan wartawan, kumpulan hak dan wakil Liga Arab memantau keadaan di negara itu.

Bagaimanapun masih tidak pasti sama ada kerajaan bersetuju melaksanakannya. Aktivis laman web sosial menggesa perarakan besar-besaran diadakan di seluruh Syria untuk menguji komitmen kerajaan kepada rancangan Liga Arab, walaupun tidak menyatakan tarikh tertentu.

Berpuluh-puluh orang juga mengadakan bantahan di luar ibu pejabat Liga Arab di Kaherah ketika Menteri Luar negara anggota mengadakan pertemuan kelmarin, mengibarkan bendera Syria dan melaungkan slogan menentang Assad.

Cadangan tidak menyatakan di mana dialog antara pihak berkuasa dan pembangkang akan diadakan. Diplomat Arab yang terbabit dalam proses berkenaan berkata mereka mencadangkan di Kaherah manakala wakil Syria bertegas mahukan dialog diadakan di Damsyik. – AP









Jalan raya Bangkok jadi lubuk sampah

0 comments
Jalan raya Bangkok jadi lubuk sampah

Dunia












TRAK mengangkut mangsa banjir melalui jalan raya di Bangkok, Thailand.

TRAK mengangkut mangsa banjir melalui jalan raya di Bangkok, Thailand.







Banjir paling buruk landa ibu kota Thailand dicemari air kotor bawa pelbagai penyakit

BANGKOK: Samroeng Verravanich, kelihatan bersahaja meranduk air berwarna coklat separas paha di salah satu jalan raya di ibu kota Thailand yang dilanda banjir, memakai sarung tangan putih, mengutip beg plastik berlendir dan menggantungkannya ke dalam raga merah dibawa.




“Jika terluka, ia boleh menyebabkan jangkitan pada jari. Tangan saya dijangkiti. Ia menyakitkan dan merebak seperti virus,” kata Samroeng mengenai air kotor, menunjukkan tangannya yang dijangkiti ruam merah.





Ketika banjir paling buruk dalam masa setengah abad terus menghantui Bangkok, bercampur dengan air berbuih yang datang menerusi longkang dan melimpah melepasi terusan, banyak jalan raya menjadi tempat pelupusan sampah terapung.

Beg plastik berisi sisa makanan yang sudah busuk tersangkut di bot, kereta, motosikal dan orang ramai ketika mereka menyusuri jalan raya dipenuhi air itu.

Najis manusia dan haiwan boleh dilihat terapung-apung dalam air yang jelas membawa penyakit.

Tiada penularan penyakit besar dilaporkan sejak musim tengkujuh menyebabkan banjir yang mula menenggelamkan kawasan utara bandar raya itu Ogos lalu.




Bagaimanapun, pakar memberi amaran ancaman kesihatan terbesar berkemungkinan muncul dalam masa beberapa minggu lagi selepas banjir surut.

“Keadaan memang bahaya. Anda perlu memastikan kanak-kanak tidak mendekati air dan semua orang perlu menjauhi air sejauh yang boleh,” kata jurucakap UNICEF, Mark Thomas.

Penyakit bawaan nyamuk, seperti demam denggi, amat dibimbangi selain jangkitan mata dan penyakit bawaan air yang boleh menyebabkan cirit-birit dan masalah kekurangan air dalam badan. – AP