KUALA TERENGGANU: Ribuan peminat pasukan Terengganu meraikan kejayaan Terengganu menjadi juara Piala FA malam tadi.
Terengganu muncul juara setelah mengalahkan musuh tradisinya Kelantan 2-1 dalam pertandingan akhir yang mendebarkan di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Nordin Alias menjadi wira setelah menciptakan gol kemenangan Terengganu setelah kedudukan terikat 1-1 dalam masa tambahan.
Berpuluh-puluh buah kenderaan peminat pasukan itu mengibarkan bendera negeri dan membunyikan hon kereta sepanjang malam di seluruh negeri, dan hanya berakhir kira-kira pukul 4 pagi tadi.
Bernama difahamkan sambutan secara besar-besaran menyambut kepulangan pemain-pemain dan Piala FA akan diadakan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud petang ini.
Pemain dan Piala FA itu akan diarak sehingga ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini.
Ini merupakan kejayaan Terengganu kedua Piala FA selepas tahun 2000.

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~