MAS bakal terima pesawat A380 pertama Jun tahun depan

TOULOUSE (Perancis): Malaysia Airlines menjangkakan menerima pesawat A380 pertamanya daripada Airbus Jun tahun depan.



Menerusi pesawat baharu itu, yang kini dalam peringkat akhir pemasangan dan kemasan di ibu pejabat Airbus di sini, dan diikuti kerja-kerja mengecat di Hamburg, Jerman, syarikat penerbangan itu akan memperkenal kelas perjalanan yang baharu - kelas ekonomi premium.


Sambil menyifatkan pesawat itu sebagai "yang terbaik dalam kumpulan pesawat MAS", kepada wartawan Malaysia yang melawat kilang Airbus A380 pada Rabu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin berkata MAS akan menawarkan empat kelas perjalanan pada laluan Kuala Lumpur-London - "melampaui kelas pertama, kelas perniagaan, ekonomi premiu, dan ekonomi.






Memandangkan ia merupakan pesawat generasi baharu sepenuhnya dengan set sistem yang sangat canggih, banyak ujian perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak. Juruterbang dan jurutera Malaysia akan datang ke sini untuk belajar dan membiasakan diri dengan pesawat ini selain menyelesaikan masalah.


MAS juga dijangka menerima empat pesawat tambahan A380 secara berperingkat-peringkat tahun depan diikuti sebuah lagi pada 2013.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~