Kebajikan penggiat seni dibela

KUALA LUMPUR: Kebajikan penggiat seni khususnya yang daif dan uzur akan sentiasa terbela dan diberi perhatian oleh kerajaan melalui penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang menggantikan Skim Belaan Artis.



Timbalan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang berkata bantuan ini tidak terhad kepada artis sahaja malahan mencakupi semua penggiat seni dan pelbagai bidang seni seperti penggiat kraf, pelakon, pelawak, penyanyi, pelukis, penulis, pemuzik dan penggiat seni Makyung.


"Jumlah dana yang disediakan bagi Tabung Kebajikan Penggiat Seni adalah sebanyak RM3 juta dan setakat ini seramai 78 orang penggiat seni dalam pelbagai bidang menerima bantuan. Baki dalam tabung ini berjumlah RM2,540,000," katanya menjawab soalan Datuk Abd Rahman Bakri (BN-Sabak Bernam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.






Abd Rahman ingin tahu langkah kerajaan bagi membantu artis veteran yang tidak lagi aktif atau bersara dan cadangan kerajaan memperkenalkan skim pencen untuk artis bagi menjamin hari tua mereka.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~