Industri getah disasar sumbang RM52.9 bilion pada 2020

KUALA LUMPUR: Industri getah disasarkan menyumbang sebanyak RM52.9 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI) Malaysia pada tahun 2020 berbanding RM19 bilion pada 2010.



Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin berkata daripada jumlah tersebut, RM30 bilion akan disumbangkan oleh industri sarung tangan getah negara, dengan pengeluaran getah asli domestik khususnya lateks, perlu dipertingkatkan.


"Bagi mencapai sasaran tersebut, keluasan kawasan tanaman getah akan diperluas daripada 1.02 juta hektar kepada 1.2 juta hektar pada 2020.






"Pengeluaran getah asli dijangka mencapai dua juta tan pada 2020 sejajar peluasan kawasan tanaman getah dan peningkatan produktiviti daripada 1.5 tan sehektar kepada dua tan sehektar pada 2020," katanya ketika menjawab soalan Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah (PAS-Kota Bharu) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Wan Abd Rahman bertanyakan rancangan kerajaan untuk mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~