Melaka perkenal MelakaKAD

Mutakhir
















AYER KEROH: Melaka mencipta sejarah apabila muncul sebagai negeri pertama di negara ini menawarkan perkhidmatan kad pembayaran tunai elektronik sendiri bagi kegunaan penduduk dan pelancong yang hendak meningkatkan kecekapan pengurusan tunai masing-masing.

Diberi nama MelakaKAD dan dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini, tengah hari tadi, perkhidmatan baru ini dibangunkan oleh Bahagian K-Ekonomi kerajaan negeri dengan kerjasama IPS Sdn Bhd (IPS), pengendali skim e-tunai MEPSCASH.




Mohd Ali berkata, sebagai permulaan pihaknya mensasarkan mengagihkan sebanyak 3,000 kad itu di seluruh negeri menjelang penghujung Disember ini dan yakin dapat meningkatkan jumlah itu kepada 100,000 pada tahun depan.





"Sebagai permulaan, penggunaan kad elektronik ini boleh dilakukan di pusat pelancongan utama di negeri ini seperti sekitar Ayer Keroh dan Banda Hilir yang meliputi Menara Taming Sari dan Melaka River Cruise, serta Melaka Planetarium.

"Selain itu, ia juga boleh digunakan bagi pembayaran lebih 130 jenis bil melalui laman web PosOnline," katanya selepas melancarkan kad berkenaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~