Keputusan muktamad

MukaDepan
















Kerajaan tak tunduk ugutanTPM beri penjelasan hari ini

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, keputusan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah muktamad dan tidak akan tunduk kepada ugutan berbaur politik. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, mahu polemik isu berkenaan dihentikan.




"Ini bukan soal membuat keputusan terburu-buru. Kita bukan membuat keputusan berdasarkan politik, sebaliknya apa yang difikirkan terbaik untuk rakyat dan negara"

Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri




Katanya, beliau akan memberi penjelasan terperinci segala persoalan dan kebimbangan ibu bapa berhubung peralihan yang perlu dilalui anak mereka, kedudukan PPSMI serta pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), hari ini.

"Kerajaan tidak boleh bertindak `terdesak dan tertunduk' kepada kumpulan kecil yang berterusan menuntut PPSMI dikekalkan, kerana majoriti rakyat memahami serta menerima keputusan yang dibuat pada 2009 untuk memansuhkan dasar itu,” katanya.

Beliau menyifatkan pihak yang lantang menyuarakan desakan itu, termasuk Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan (PAGE), sebagai melewati tempoh dan ketinggalan kerana membuat tuntutan selepas hampir dua tahun keputusan diumumkan dan dasar MBMMBI juga sudah dilaksanakan di sekolah.
“Sejak mengumumkannya (pemansuhan PPSMI) pada 2009, kita tidak menerima reaksi negatif. Sebahagian besarnya menerima baik. Saya bawa kepada Kabinet, diluluskan. Saya bawa ke Parlimen, ia dibincang dan dibahas, semua pihak bersetuju, termasuk pembangkang, pada waktu itulah. Sekarang apabila ada kumpulan begitu membuat desakan, mungkin pihak pembangkang pun hendak lompat masuk ke sana.

“Bagi kita, ini bukan soal Kementerian Pelajaran membuat keputusan terburu-buru. Kita bukan membuat keputusan berdasarkan politik, sebaliknya apa yang difikirkan terbaik untuk rakyat dan negara kerana kementerian memiliki cukup data dan maklumat mengenai bagaimana PPSMI dilaksanakan, apa hasil pelaksanaan itu sehingga kita membuat penilaian dan keputusan untuk tidak meneruskannya, ada asas yang kukuh.

“Sebab itu jika ada pihak yang mendesak, kita faham negara ini demokrasi dan tidak menyekat atau menghalang sesiapa bersuara walaupun mereka kadang-kadang sudah melebihi batas sehingga hendak mengugut, tetapi kerajaan tidak akan tunduk kepada tekanan sebegini,” katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan guru Bahasa Inggeris yang menyertai Program Mentor Pengajaran Bahasa Inggeris (ELT) anjuran SMR HR Group di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif SMR Group, Datuk Dr R Palan.

Program itu membabitkan 120 mentor dari seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand dan United Kingdom.

Mengulas ugutan berbaur politik, Muhyiddin berkata, terserah kepada masyarakat untuk menilai pihak terbabit.

“Sebenarnya soal PPSMI sudah tutup. Saya pun sudah mengatakan bahawa PPSMI sudah tidak ada lagi. Mulai tahun ini, ia tidak lagi dilaksanakan. Kita sudah melaksanakan dasar baru (MBMMBI) di sekolah seluruh negara. Muktamad. Noktah.

“Yang rakyat ingin tahu ialah bagaimana peralihan itu kerana ada pelajar yang sudah berada dalam sistem (PPSMI) sebelum kita hendak memansuhkannya. Oleh itu, kita mahu proses pembelajaran mereka tidak tergendala.

“Mereka ini mungkin kita akan beri pertimbangan, esok (hari ini) saya akan jelaskan secara terperinci bagaimana peralihan itu berlaku supaya ibu bapa tidak risau.

“Saya ada menerima SMS daripada ibu bapa yang bimbang, saya faham, saya pun ada anak, saya tahu. Kita tidak mahu ganggu mereka, jadi saya akan umumkan bagaimana kelonggaran dan proses peralihan itu akan dilakukan,” katanya.

Mengenai kenyataan MCA dan MIC yang turut meminta kerajaan mengkaji semula keputusan memansuhkan PPSMI pula, Muhyiddin berkata, dua parti komponen BN itu tidak menyatakan bantahan tetapi sekadar memberi pandangan tambahan.

Sambil berpendapat pihak berkenaan akan memahami apabila penjelasan diberikan, beliau berkata, MCA dan MIC juga adalah sebahagian daripada kerajaan di mana wakil mereka dalam Kabinet turut bersetuju ketika keputusan memansuhkan PPSMI dibuat.







Komen Anda






Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen


pak awang


penguasaan bahasa inggeris menjadikan pelajar kita lebih lebih gah di persada antarabangsa dan penguasaan bahasa melayu menjadikan jatidiri pelajar-pelajar kita lebih hebat.







Pekerja Malaysia


klaulah PPSMI diperkenalkan pada zaman saya , mesti saya rasa bertuah, sekarang nih, bila nak tulis email pon susah sebab semua communication dalam BI, kaum lain kemungkinan tiada masalah sebab mereka praktis penggunaan BI di rumah, tapi kaum melayu sudahla tak praktis BI di rumah .. may be mak bapak skrg tak kisah nanti akibatnya bila anak2 nak masuk alam pekerjaan baru tahu betapa pentingnya BI, so kesimpulan melayu sentiasa akan terkebelakang







Suhaimi


Penguasaan bahasa asing boleh melemahkan daya analitikal pelajar. Masa saya belajar dulu, yang punya daya analitikal dan penyelesaian masalah serta kreativiti, orang yang tak reti cakap BI. Mana lebih penting?







generasi baru


ada pro dan kontra.

bukan menidakkan bahasa melayu,tapi di peringkat global,spt undang2,sains, semuanya mengunakan BI.utk maju kita kena berfikir ke hadapan.







Cg Ridzuan


Saya bukan generasi PPSMI. Saya mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda, dan saya serta rakan-rakan lain menguasainya dengan penggunaan bahasa ibunda sehinggakan kami mampu berbincang dan memperkatakan konsep-konsep dalam fizik, kimia dan biologi serta Matematik dan Matematik Tambahan secara jelas dengan bahasa ibunda. Saya dapat membina kefahaman saya dengan begitu TEGUH dan UTUH sehinggakan saya tak punya sebarang masalah bagi memahami subjek-subjek yang saya pelajari semasa di Matrikulasi dan pengajian peringkat Ijazah saya.

Amat rugi kalau kita pelajari sesuatu ilmu baharu bukan menggunakan bahasa ibunda kita. Kita rugi dari aspek pemahaman. Kalau dengan menggunakan bahasa ibunda kta boleh fahami sesuatu perkara dengan lebih mudah, kenapa pilih bahasa kedua yang menyebabkan kita susah memahaminya.

Kalau mahukan anak-anak kita mahir berbahasa Inggeris, latih la dia dalam percakapan, penulisan, pendengaran dan pembacaan yang lebih dekat dengan diri mereka. Bukanlah ilmu Sains dan Matematik yang jauh dari aplikasi kehidupan seharian mereka.

Sekadar pendapat berdasarkan pengalaman yang hanya sedikit dalam bidang pendidikan.







Yakub Uton


Tahniah kepada TPM dan KPPM dan warga guru di seluruh negara.







Ghazali Amir


Adalah diharapkan semua pihak sedar mengenai PPSMI ini kerana perbincangan mengenainya (untuk mengekal, mengubah atau memansuhkannya) telah pun dibuat sejak era Dato Hishamuddin menjadi Menteri Pelajaran lagi. Bermakna isu ini telah lama dan telah pun diputuskan oleh pihak Menteri Pelajaran sekarang. Sepatutnya kalau benar-benar ingin memberi pendapat, dan mahu pendapat itu diambil kira, berilah ia semasa persidangan Meja Bulat yang telah dibuat dahulu beberapa kali. Janganlah menjadi "Rumah Siap Pahat Berbunyi".







frank morris


Kita negara konsumer bukan negara pengeluar ilmu. negara lain adalah pengeluar ilmu maka tidak hairan boleh maju dengan bahasa ibunda masing-masing. kita masih merangkak dalam sains & matematik. golongan sains dan matematik cuma diam tetapi hakikatnya mereka mendambakan anak bangsa (melayu, cina, dan india) mereka mempelajari sains & matematik dalam bahasa inggeris untuk lebih berdaya saing di peringkat global. mulakan dari umur 7 tahun.







Nor


Kami sokong penuh tidakan TPM. Syabas! Walaupun anak saya cemerlang ketika PPSMI dilaksanakan, namun saya bersimpati dgn nasib 90% lagi rakan-rakannya yg dapat B dan gred ke bawah dlm subjek sains kerana gagal menjawab bahagian B (UPSR) dgn baik dlm bahasa Inggeris. Malah anak-anak ini tersangat keliru apabila anda mengajar sains dan menyebut istilah tentang tumbuhan contohnya bunga raya sebagai 'hibiscus' dan pelbagai pokok yg tumbuh melata di tepi jln dan di sekolah mereka dlm bahasa Inggeris! Ia berbunyi sangat pelik...bukankah mudah kalau kita gunakan bahasa ibunda dahulu...anak-anak yg ada masalh pembelajaran pun akan dapat dikurangkan masalahnya! Anak-anak ini perlu menguasai bahasa ibunda dgn baik sebelum menggunakan bahasa kedua sebagai bahasa pembelajaran - ini adalah nasihat pakar kanak-kanak terkemuka dunia Dr Mel Levine.







zan


Agak terkilan kenapa PPSMI dulu dibuat secara tergesa-gesa, dibuat tanpa melihat kredibiliti & kemampuan guru. Terimakasih TAn Sri atas MBMMBI, saya sokong .







Suhaimi


Baguslah kalau kerajaan bertegas dalam hal ini. Mesti ada titik penamat. Jika tidak, isu ini seumpama kapal yang tidak dilabuhkan sauh. Terumbang-ambing. Betullah ada orang kata, PPSMI tak sepatutnya wujud langsung.







Mohd Nazri


sokong sepenuhnya keptusan mansuh tersebut.







ahmad khamal abdullah


syabas atas sikap tegas dan menyebelahi majoriti rakyat dan kesetiaan terhadap perlembagaan dan undang-undang. Maju terus YAB Timbalan Perdana Menteri kami menyokong Tan Sri.







Opinion


Ada kebaikan dan keburukan. Kebaikan nya untuk mempertahankan bahasa ibunda sahaja. Keburukan pula, di peringkat global, kerjaya & University. Contohnya, ramai bekas graduan masih tidak fasih berbahasa english bila bertutur dengan peringkat global dan kerjaya hari ini lebih mengutamakan bertutur dalam bahasa english tak kira verbal atau pun emails dan lain2.

Pada pendapat saya, bahasa english juga merupakan bahasa paling penting untuk berhubung di serata dunia selain BM.







guru sains


keputusan adalah muktamad....apa2 pun cadangan saya ..untuk tidak menjejaskan kemahiran bahasa inggeris para pelajar..teruskan soalan dalam bentuk dwibahasa.







Pak_Jul


Hidup T S Mahyudin, sepatutnya perlaksanaan MBMMMBI dipercepatkan kerana ianya bukan perkara baru, kalau terpaksa guna balik buku sekolah lama.







Rozlan Alias


Saya harap YAB Menteri dan kerajaan tegas dan tidak berganjak memansuhkan ppsmi demi kebaikan orang melayu dan negara.








saya merupakan generasi pertama ppsmi yang dilaksanakan pada 2003. ppsmi adalah satu program yang baik dan saya bersyukur dan bertuah kerana menjadi sebahagian daripada nya. program ini seharusnya diteruskan kerana subjek matematik dan sains tetap akan diajar di dalam bahasa inggeris ketika melangkah masuk ke universiti. tindakan memansuhkan ppsmi hanyalah akan menyusahkan para pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang sains di peringkat universiti.







yushail


Memang sepatutnya kerajaan bertegas dan jangan tunduk atas desakan sebegini. Keputusan telah pun dibuat, jangan jadikan anak-anak kita bahan ujikaji,, tolong fikirkan mental mereka.







Yatiman bin Hasin


pada saya bahasa inggeris boleh diperkukuh dalam MBMMBI tak ada masalah







faizal


Bagus!Keputusan awal sudah dibuat,MBMMBI sudah diperkenalkan dan dimulakan,Guru-guru pun sudah dihantar berkursus. Kenapa masih nak kekalkan yang lama? Kalau tidak setuju dengan dasar yang baru, hantarlah anak ke sekolah swasta.Ada pulak mintak diberi pilihan untuk anak samada nak belajar dalam BI atau BM...kesudahannya siapa yang menanggung?Guru-guru jugak.







Mawar


Isu ni pun dipolitikan.... ini lah satu cara untuk melemahkan pelajar Melayu, sebab kurang mahir berbasa Inggeris.... yang herannya orang melayu yang banyak membangkang.. ini bahasa dunia. Sapa kata kalau sesaorang itu fasih bahasa inggeris ini tak patriotik.... renung2 lah.







Adli Shinichi


Salam kepada semua rakyat Malaysia. "Siapa lagi yg akan memartabatkan bahasa Melayu kalau bukan orang Melayu sendiri?







fatin


bahasa melambangkan bangsa.










~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~