Kuasa Majlis Fatwa

Kuasa Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR - Keputusan berkenaan isu 'bir halal' hanya boleh dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mat Ali Sarbini.


Beliau berkata, sehinggalah majlis itu mengeluarkan fatwa rasmi mengenainya, bir itu haram diminum oleh umat Islam buat masa ini.


"(Keputusan) belum (ada) lagi. Masih dalam peringkat penyelidikan.


"Makmal penyelidikan ini mempunyai sistem giliran, jadi banyak isu lain yang turut menjadi perhatian dan menunggu keputusan,'' katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha merasmikan mesyuarat agung Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) di sini semalam.


Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini dan dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol. - Bernama

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~