Dunia
ARROYO masih dirawat di hospital.
MANILA: Bekas Presiden Filipina, Gloria Arroyo, melewatkan lawatannya ke luar negara untuk mendapatkan rawatan, kata rakan bekas pemimpin itu semalam, memanjangkan ketegangan yang melagakan kerajaan dengan kehakiman.
Sepatutnya mengunjungi Singapura, bekas presiden yang berada dalam hospital kini berharap keadaannya bertambah balik sebelum dapat bertolak ke republik itu hari ini, kata jurucakapnya, Elena Bautista Horn.
“Jika sihat, dia akan pergi ke Singapura esok,” kata Horn.
Arroyo, 64, terbabit dalam perbalahan dengan kerajaan sejak Selasa lalu, apabila cuba mencabar larangan ke luar negara dikenakan ke atasnya oleh Presiden Benigno Aquino, yang mahu dia dibicarakan atas dakwaan rasuah dan penipuan dalam pilihan raya.
Arroyo dihalang menaiki penerbangan ke Singapura selepas diiringi Selasa lalu ke lapangan terbang Manila dengan berkerusi roda dan memakai pendakap leher untuk menyokong tulang belakangnya yang dikatakan semakin lemah kerana penyakit tulang.
Kerajaan Filipina semalam menegaskan, Arroyo mesti berada dalam negara untuk berdepan siasatan rasuah, mencabar keputusan Mahkamah Agung, yang memutuskan bekas presiden itu bebas mendapatkan rawatan di luar negara.
Peguam Arroyo, Raul Lambino, memberitahu wartawan, Arroyo membatalkan perjalanan kerana masalah kesihatan, sambil menambah dia lemah, mengalami tekanan darah tidak stabil dan bergantung kepada tiub.
Katanya, kesihatan Arroyo yang semakin buruk mungkin disebabkan kejadian di lapangan terbang yang menyaksikan beliau berkerusi roda dikerumuni kakitangan lapangan terbang dan media ketika cuba meninggalkan Filipina.
Namun Lambino berkata, Arroyo masih berazam untuk berlepas walaupun kesihatannya mungkin terancam.
“Dia mengambil risiko. Dia akan ke lapangan terbang dan meminta untuk berangkat. Ia bukan rundingan. Jika Arroyo tidak melaksanakan haknya, ia bermakna kita tunduk kepada kepatuhan terhadap sesuatu yang tidak baikt,” katanya. – AFP
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~