Peluncur dunia pamer kehebatan

SRI AMAN: Sekumpulan peluncur terkenal dunia akan berhimpun pada festival bena atau dikenali sebagai "Pesta Benak" di kalangan penduduk tempatan bulan depan bagi menguji kecekapan mereka di sungai Batang Lupar yang merupakan lubuk buaya.



Rakyat Perancis Antony Colas, peminat tegar sukan luncur dan pengarang 'World Stormrider Guide', sebuah buku panduan mengenai lokasi terbaik luncur di seluruh dunia berkata beliau akan datang ke 'Pesta Benak' yang dijadual diadakan mulai 1 hingga 4 Julai.


"Saya tidak sabar untuk datang lagi dan melihat sikap ramah tamah penduduk Sri Aman," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual menerusi e-mel. Colas yang mula meluncur di bena Sri Aman pada Oktober 2009 berkata beliau akan membawa bersama peluncur bertaraf dunia dengan seorang daripadanya merupakan juara bertahan 'kitesurf' wanita dunia dari Perancis Fabienne d'Ortoli dan Bruno Andres juga dari Perancis dan pakar dalam 'paddlesurf'.






Colas berkata seorang pakar dalam luncur bena dan berada pada ranking ketujuh pada kejohanan 'Longboard' dunia 2011 juga dijangka turut sama.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~