KOTA BAHARU: Pengusaha burung walit di negeri ini disaran menyertai persatuan bagi memajukan lagi industri tersebut yang semakin berkembang.
Presiden Persatuan Pedagang Sarang Burung Walit Kelantan Oii Siong Hwa berkata buat masa ini hanya 10 peratus daripada kira-kira 1,500 pengusaha menyertai persatuan itu.
"Ini juga memudahkan kerajaan menyalurkan sebarang bentuk bantuan kepada mereka bagi menjamin masa depan industri berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau juga mahu anggota persatuan itu merebut peluang yang disediakan kerajaan dalam usaha mencapai matlamat pendapatan RM3 bilion menjelang 2016. Oii juga meminta pihak berkuasa tempatan di negeri itu menyeragamkan bayaran lesen yang dikenakan ke atas pengusaha sebagaimana di negeri lain.
Ketika ini setiap pengusaha di Kelantan dikenakan bayaran RM1,500 setahun berbanding di negeri lain tidak sampai RM1,000, katanya.

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~