TAWAU: Sekumpulan anak nelayan dan peladang Tawau hari ini mengadakan protes secara aman di tengah bandar ini, bagi mendesak pihak berkuasa bertindak terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang sering menganjurkan demonstrasi di Semenanjung.
Ketua kumpulan Ardiyansyah Zailani, 21, berkata mereka berbuat demikian sebagai amaran kepada Bersih agar tidak datang ke Tawau dan mengganggu-gugat keamanan setempat.
Kami tidak mahu Bersih di sini, katanya dalam satu kenyataan di sini.
Ardiyansyah juga berkata Bersih kini meluaskan pengaruh di Sabah dan dipercayai mula bertapak di Kota Kinabalu.

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~