Ahmad Idham naik angin dikritik

Ahmad Idham naik angin dikritik

LUCU juga bila Diva mendengar komen-komen Ahmad Idham dalam sebuah program televisyen apabila filem Senjakala arahannya dicuit.


Diva rasa Ahmad Idham kurang bijak apabila menuduh wartawan yang merebiu filem itu sebagai membuat serangan peribadi.


Bukanlah mahu menyebelahi sesiapa tetapi Diva rasa Ahmad Idham boleh memberikan jawapan yang lebih bijak.


Diva rasa Ahmad Idham tahu membezakan antara artikel biasa dan rebiu yang tidak memerlukan temu ramah sebelum ditulis.


Rebiu sebaliknya merupakan pengamatan peribadi penulis bersandarkan pengetahuan yang ada padanya dalam bidang itu.


Kalau tidak, sudah lama Diva kena kejar Justin Bieber untuk membuat rebiu konsertnya, kan?


Melabelkan wartawan sekarang gila glamor dan tunjuk pandai juga bukanlah jawapan yang selamat untuk Ahmad Idham. Jangan kata Diva gila glamor pula sebab menasihatkan Idham.


Diva: Rasa gemuruh bila teman wartawan diberi amaran, jangan sentuh bab kandungan dalam satu temuramah.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~