Justin mangsa perceraian

Justin mangsa perceraian

JIKA melihat kepada kejayaannya hari ini sebagai penyanyi dan pelakon, ramai yang tidak menjangka Justin Timberlake sebenarnya menjadi mangsa kepada perceraian ibu bapanya, Lynn dan Randall pada tahun 1985.


Figura berusia 30 tahun itu baru berusia lima tahun apabila ibu dan bapanya bercerai dan dia mengakui perkara itu telah memberi impak negatif terhadap kehidupannya.


Katanya: "Apabila anda menjadi kanak-kanak yang mempunyai ibu dan bapa yang sudah bercerai, impaknya sangat negatif. Banyak masa anda akan berfikir untuk tidak menjadi mangsa perceraian. Dan kemudian dalam kehidupan anda, anda akan cuba untuk tidak menerima nasib yang sama seperti ibu bapa anda."


Namun, Justin sebaliknya tidak larut dalam kesedihan yang dialaminya kerana ditakdirkan menjadi anak mangsa perceraian itu.


"Namun, secara perlahan-lahan saya belajar untuk menjadi diri sendiri. Namun, selepas mendapat label anak yang mempunyai ibu dan bapa yang bercerai, ia seolah-olah memberi tenaga baharu buat saya untuk berusaha lebih gigih daripada biasa dan hasilnya adalah saya seperti hari ini," luahnya lagi.


Justin dibesarkan di Shelby Forest, Tennessee merupakan seorang anak tunggal kepada Lynn dan Randall yang masing-masing selepas bercerai telah berkahwin lain. Lynn yang kini menguruskan syarikat hiburan, Just-in Time Entertainment mengahwini Paul Harless, manakala Randall pula mengahwini Lisa Perry dan mempunyai dua orang anak, Jonathan dan Steven Robert.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~