Majikan Singapura upah firma usir pekerja asing

Majikan Singapura upah firma usir pekerja asing

SINGAPURA - Majikan-majikan Singapura mengupah firma swasta untuk menjejaki dan mengusir pekerja asing yang dilaporkan hilang atau tidak lagi diperlukan majikan mereka.


Sebuah firman berkenaan, UTR Services menyatakan, pihaknya dibayar sekitar AS$200 (RM595) untuk setiap kes pendatang asing yang berjaya diselesaikan.


Pengarah Perkhidmatan UTR, J. Ravi berkata, pada setiap tahun syarikatnya menghantar pulang sekitar 2,000 pekerja asing dengan 85 peratus bersetuju untuk kembali ke negara asal masing-masing secara sukarela.


"Kakitangan kami tidak menggunakan kekerasan terhadap mereka seperti yang didakwa oleh banyak pihak," katanya.


Di bawah undang-undang Singapura, majikan bertanggungjawab menghantar pulang pekerja asing yang tamat kontrak atau kontrak mereka telah dibatalkan.


Singapura yang kini mengupah sekitar 900,000 pekerja asing menguatkuasakan undang-undang pendatang asing yang ketat.


Ramai pekerja asing didapati tinggal lebih masa di negara pulau ini sekali gus menjana pendapatan untuk firma-firma swasta seperti UTR. - AFP

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~