Henti sebar dakyah status halal
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta orang ramai menghentikan tindakan menyebarkan pelbagai maklumat salah mengenai status halal sesuatu produk, jenama atau perkhidmatan khususnya menerusi internet.
Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusof berkata, banyak maklumat yang disebarkan menerusi laman sosial Facebook, Twitter dan blog adalah isu lama yang mula timbul seawal tahun 2005 dan ada antaranya sudah diselesaikan.
“Kami mendapati terlalu banyak informasi yang mendakwa produk-produk serta perkhidmatan ini tidak halal di internet yang sebenarnya sudah selesai, malah produk yang dimaksudkan itu juga sudah mendapat sijil halal.
“Jadi saya harap semua pihak dapat menghentikan tindakan ini dan membuat semakan terlebih dahulu dengan kami menerusi telefon atau merujuk kepada laman sesawang Hub Halal Jakim,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~