TANJONG KARANG: Kerajaan tidak akan melayan tuntutan kira-kira 1,000 pengusaha bot pukat tunda C2 di Pahang, Johor dan Perlis yang melancarkan mogok bagi meminta kerajaan menimbang pemberian subsidi super diesel kepada mereka.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.
"Kita bukan tarik (terus) subsidi, kerajaan masih beri subsidi kira-kira RM1 untuk satu liter dengan harga diesel biasa, jadi tidak ada sebab mereka ingin ugut kerajaan untuk boikot dan sebagainya.
"Kalau kita betul-betul tak nak beri subsidi, kita samakan mereka dengan harga industri, tetapi ini masih jauh lebih rendah daripada harga industri," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Tanjong Karang hari ini.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, yang juga Ketua Umno bahagian itu.

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~