Program pemutihan akan atasi sebahagian isu PATI Sabah

SANDAKAN: Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan kerajaan Sabah bagi membangunkan sistem berteknologi tinggi untuk melaksanakan operasi pemutihan besar-besaran pendatang tanpa izin di Sabah.



Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata apabila diwujudkan kelak, sistem itu diyakini dapat menyelesaikan sebahagian besar isu pendatang tanpa izin di negeri tersebut.


"Dunia tanpa sempadan membawa cabaran tersendiri. Kalau kita tidak berusaha sungguh-sungguh menggunakan sistem dan teknologi sedia ada saya bimbang masa depan kita boleh berada dalam keadaan tidak tentu dari segi keselamatannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Libaran, di sini hari ini.






Beliau memberi contoh pelaksanaan sistem biometrik yang memastikan setiap warga asing memasuki negara ini direkod menerusi imbasan cap jari.


"Kita belajar dari pengalaman dahulu dan mungkin kali ini bila kita lakukan operasi pemutihan besar-besar tanpa menjejaskan keperluan sektor ekonomi yang diperlukan oleh Sabah," katanya.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~