KUALA LUMPUR: Sebanyak 66,620 tiket percuma ke Taman Tema Air Bukit Merah Lake Town Resort menanti pembaca bertuah Harian Metro (HM) yang berjaya mengumpul keratan kepala akhbar ini bermula 13 Jun lalu sehingga 26 Jun ini.
Tiket diberi sempena program Gempak Santai HM, boleh dituntut bermula 4 hingga 8 Julai depan di beberapa lokasi terpilih yang akan diumumkan dalam HM.
Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung dan sebagai acara kemuncak program, mereka akan dihiburkan dengan persembahan artis popular pada konsert mini yang akan berlangsung pada malam 9 Julai.
Pengurus Operasi Resort, Ali Asharaf Ali Ahmad ketika ditemui berkata, program itu kali kedua diadakan bersama HM selepas mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca setia HM dua tahun lalu.
“Kami menyasarkan sambutan kali ini lebih baik berbanding dua tahun lalu,” katanya. Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian replika tiket percuma Gempak Santai HM di pejabatnya di Damansara Perdana di sini, semalam.
Hadir sama pada majlis berkenaan Pengurus Besar Kanan MK Land Holdings Berhad, Datuk Annuar Yang Ghazali serta Pengurus Projek HM, Abdul Kadir Hamza dan Eksekutif Penjenamaan HM, Zurani Abdullah.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~