Tiada wang hadir bicara

GEORGETOWN: Dua wanita memberi alasan tiada wang untuk hadir perbicaraan ketika ditahan selepas waran tangkap tanpa jamin dikeluarkan Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut.



Kedua-dua wanita berusia lingkungan 20-an itu hadir menyerah diri kira-kira jam 9 pagi di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa JHEAIPP pada Isnin dan Selasa lalu selepas dihubungi pegawai penguat kuasa JHEAIPP selepas waran tangkap dikeluarkan.


Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, tindakan itu susulan selepas Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP diarahkan mahkamah untuk melaksanakan waran tangkap ke atas mereka.






Beliau berkata, kedua-dua kes berlaku tahun lalu dengan salah seorang wanita ditahan atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam dan seorang lagi atas kesalahan berkhalwat.


Katanya, bagi kesalahan berkelakuan kurang sopan, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996.


“Sabit kesalahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, manakala kes khalwat siasatan dilakukan mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara,” katanya.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~