JOHOR BAHARU: Polis Gerakan Marin Wilayah Dua menggagalkan dua cubaan membawa keluar 75 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dalam dua operasi berasingan di Kota Tinggi.
Komandernya ACP Zainul Abidin Hassan berkata, 40 PTI ditangkap di kawasan hutan Bukit Raja Darat, Sungai Rengit pada 12.15 tengah malam tadi manakala 35 lagi ditangkap di Pantai Pasir Gogok pada 3.30 pagi tadi.
"Hasil pemeriksaan terhadap PATI yang ditangkap di dalam operasi pertama mendapati kesemua 40 orang daripada mereka, 36 lelaki dan empat wanita tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan mengaku sedang dalam perjalanan ke Indonesia.
"Dalam operasi kedua pula, 35 PATI dengan 29 daripada mereka lelaki dan selebihnya wanita yang menaiki sebuah bot pancung telah ditangkap selepas dikejar dengan bot peronda," katanya dalam satu kenyatan hari ini.
Beliau berkata dalam kejadian itu bot pancung tersebut telah menghimpit bot peronda polis marin dan menyebabkan pelanggaran, mengakibatkan seorang PATI mengalami kecederaan di bahagian tangan. - Bernama
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~