Disambar petir

BESUT: Tiga remaja lelaki cedera dan pengsan selepas disambar petir ketika sedang berteduh daripada hujan bersama sembilan yang lain di sebuah wakaf di Kampung Durian Telur, Pasir Akar, Hulu Besut, semalam.



Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika kesemua mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun berteduh di pondok berkenaan sementara menunggu hujan reda. Mohd Sahadam Nik Mar, 17, Muhamad Fariz Ismail,15, dan Mohd Zailani Keria, 23, yang kesemuanya berasal dari Kampung Durian Telur di sini dikejarkan ke Hospital Daerah Besut oleh penduduk kampung kira-kira 6.15 petang.


Keadaan ketiga-tiga mereka yang masih dirawat di hospital itu dilaporkan stabil.






Menurut rakan mangsa, Saiful Bahari Ramli, 15, yang turut berteduh di wakaf itu ketika kejadian, secara tiba-tiba kilat dan petir memanah ke arah sebatang pokok berhampiran wakaf tersebut menyebabkan mereka bertiga rebah dan tidak sedarkan diri. - Bernama

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~