KUALA LUMPUR: Sejumlah 19 syarikat Bumiputera dengan permodalan pasaran RM3.1 bilion, telah bersedia untuk disenaraikan di Bursa Malaysia Securities Bhd dalam tempoh beberapa tahun akan ini, kata TImbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Daripada jumlah itu, 11 dijangka disenaraikan di pasaran utama dan selebihnya di pasaran Ace.
"Lima syarikat dijadual disenaraikan tahun ini. "Kesemua syarikat ini adalah di bawah "Skim Jejak Jaya Bumiputera" (SJJB), iaitu skim yang menjejak kejayaan Bumiputera di bawah Kementerian Kewangan," kata beliau kepada pemberita selepas menyaksikan perjanjian menandatangani kontrak antara Pihak Berkuasa untuk Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) dan Prestariang Systems Sdn Bhd.
Di bawah kontrak itu, Prestariang akan menawarkan teknologi maklumat dan program latihan persijilan untuk para blogger dan guru di Brunei.
Awang Adek, yang juga pengerusi jawatankuasa kerja SJJB berkata kerajaan sentiasa membimbing syarikat yang berpotensi dan berkeupayaan untuk disenaraikan tetapi kekurangan hala tuju.
"Setakat hari ini, kami telah membantu empat syarikat yang akan disenaraikan di pasaran utama dan satu di pasaran Ace dengan jumlah permodalan pasaran RM804.7 juta," kata beliau.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~