SANDAKAN: Seorang pencuri patah kedua-dua kakinya selepas melompat dari tingkat satu bangunan kedai di Bandar Sibuga Jaya dekat sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata lelaki berusia 22 tahun itu bertindak demikian ketika cuba meloloskan diri apabila perbuatannya memecah masuk sebuah rumah kedai di bangunan itu disedari oleh penghuninya dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu.
Katanya lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu memecah masuk ke dalam rumah kedai yang dihuni oleh seorang wanita melalui tingkap dapur yang tidak berkunci.
Wanita berusia 42 tahun itu yang menyedari suspek berada di dalam rumahnya terus berteriak menyebabkan suspek kelam kabut melarikan diri dan bertindak melompat dari tingkat satu bangunan kedai berkenaan, katanya di sini hari ini.
Fadzil berkata empat telefon bimbit juga berjaya dirampas daripada lelaki berkenaan yang kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~