Peniaga pasar lama MPKB akui tidak bayar bil

KOTA BAHARU: Para peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) hari ini mengakui bahawa mereka gagal membayar bil elektrik selama beberapa bulan lalu hingga berlaku tunggakan yang tinggi mengakibatkan bekalan dipotong.



Namun mereka menyalahkan pihak pengurusan arked itu kerana tidak menghantar wakil untuk mengutip bayaran utiliti dan sewa premis. Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu Ab Salim Ahmad mendakwa pihak pengurusan Pasar Lama Arked MPKB tidak pernah menguruskan kutipan bil utiliti termasuk elektrik dan sewa kedai sejak beberapa bulan lalu menyebabkan peniaga tidak membayar bil berkenaan. "Kami tidak tahu kenapa isu ini pula yang berbangkit, memang kami mengakui terdapat tunggakan bil utiliti tetapi persoalannya kenapa pihak pengurusan sekarang tidak menghantar wakil untuk mengutip bil dan sewa kedai sebagaimana yang dibuat oleh syarikat sebelum ini," katanya kepada Bernama di sini. Ab Halim mengulas laporan lidah rasmi Pas, Harakahdaily.net hari ini yang mendakwa tunggakan bil elektrik berjumlah hampir RM60,000 yang gagal dibayar oleh peniaga di arked itu sejak beberapa bulan lalu menyebabkan bekalan elektrik di premis mereka dipotong Jumaat lalu.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~