KUANTAN: Seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan dan sahabatnya mati lemas ketika mandi-manda di Sungai Pasir Kemudi, Sungai Lembing dekat sini pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata, mangsa tersebut penuntut Fakulti Biologi Mohd Adhamerudin Omar, 22, yang berasal dari Padang Sanai, Padang Terap, Kedah dan Amirul Hakim Mustafa, 19, dari Indera Mahkota di sini.
Katanya sebelum kejadian, kedua-dua sahabat itu bersama dua lagi rakan mereka dipercayai mendaki Bukit Panorama di Sungai Lembing selepas solat Subuh di Masjid Sungai Lembing.
"Kesemua mereka kemudiannya turun dari bukit berkenaan dan terus ke sungai itu di mana dua mangsa berkenaan telah turun ke dalam sungai manakala dua lagi rakannya menyediakan makanan di darat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Zulkifli berkata ketika sedang mandi-manda pada pukul 8.30 pagi tadi, salah seorang daripada mangsa didapati lemas dan beliau cuba dibantu oleh seorang lagi mangsa sebelum kedua-duanya tenggelam.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~