Lagi PR temberang artis
RASANYA situasi putar belit sudah macam duri dalam daging, tak habis-habis dan tak nampak bila mahu tamat. Ramai yang sudah terkena dan masih ramai tetap ditipu sana sini.
Terkini, pengurus kepada dua orang artis sudah naik hantu terhadap seorang pegawai perhubungan awam (PR) dari sebuah agensi yang sudah bikin onar dalam industri. Sudah elok-elok persetujuan dibuat, tapi hampir tiba waktunya, lari sini lari sana, telefon tidak berjawab, SMS juga tidak dilayan.
"Majlis sepatutnya berlangsung hari Sabtu, tapi sejak dua minggu lepas saya telefon, tak pernah berjawab, kalau balas SMS pun sekadar lepas batuk di tangga. Bayangkan, kami sudah buat persediaan. Bukan artis sahaja bahkan ada lagi sekumpulan pihak lain sudah berlatih untuk beri persembahan terbaik," luahnya menahan marah.
Korek-korek punya korek, PR berkenaan beri alasan dia sudah berhenti daripada syarikat terbabit dan daripada mulut orang dalam syarikat berkenaan, pengurus artis itu dapat tahu bahawa mereka sudah mendapatkan artis lain, sekali gus membatalkan perjanjian yang dibuat bersama artis jagaannya. Itupun sehari sebelum majlis berlangsung. Memang rasa tertipu.
Kata pengurus itu juga, mereka memang tiada kontrak hitam putih tetapi kata putus menerusi e-mel dan SMS masih boleh dijadikan bahkan bukti. Gara-gara janji kosong PR terbabit juga, artisnya terlepas projek lain yang diadakan pada hari yang sama.
"Kalau tak kerana ada buat perjanjian dengan mereka kami ada projek lain, jadi macam ni, dua-dua terlepas. Saya akan ambil tindakan serius dan buat laporan polis," kata pengurus itu bengang kerana periuk nasi artisnya dikhianati begitu sahaja.
Diva: Ada pakatan untuk menjatuhkan seorang artis sedang berlangsung secara senyap.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~