KLANG: Seramai 12 pekerja asing antara 15 orang yang ditahan di sebuah gudang haram di Kampung Jawa di sini malam tadi kerana dipercayai terlibat dalam penyelewengan gas masak bersubsidi.
Ketua Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor, Othman Nawang berkata perkakas bernilai RM1.1 juta dirampas dalam serbuan 10 malam termasuk 10,000 tong gas terutama gas memasak seberat 14 kg dan gas industri seberat 50 kg.
Tiga buah lori dan peralatan untuk memindahkan gas ke dalam tong gas dan lori turut dirampas, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
"Sindiket ini dipercayai telah bergerak selama dua tahun dan lokasinya memang tersorok dan ditutupi dengan pagar tinggi yang dipasang zink seperti kawasan pembinaan dan sukar untuk dikesan," katanya.
Othman berkata operasi dikendalikan oleh pasukan pegawai penguatkuasa kementerian itu dari Putrajaya dan Selangor setelah mengadakan intipan selama dua minggu berikutan maklumat orang ramai.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~