KFHMB bantu mangsa tanah runtuh

KUALA LUMPUR: Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd (KFHMB) menghulurkan sumbangan RM200,000 kepada Tabung Bencana The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP)-Media Prima bagi membantu mangsa tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat.



Sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamelah Jamaluddin kepada Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang, di Balai Berita, Jalan Riong, semalam.


Jamelah berkata, ini salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dijalankan bagi membantu meringankan beban mangsa tanah runtuh yang meragut 16 nyawa pada 21 Mei lalu, selain sebagai tanda prihatin mereka.






Selain sumbangan seperti ini, syarikat kewangan yang baru berusia lima tahun itu pernah memperkenalkan Skim Pembiayaan Mikro berjumlah RM2 juta diperuntukkan khas kepada golongan ibu tunggal di Kelantan dalam usaha meningkatkan taraf hidup menerusi aktiviti perniagaan.


Turut hadir Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa dan Ketua Jabatan Komunikasi Korporat KFHMB, Akmal Baqi Ariff.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~