KUALA LUMPUR: Seramai 50 kakitangan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) bakal bersaing menerusi kategori Korporat dan Kementerian bagi jarak 10 kilometer (km) sempena Marathon Standard Chartered Kuala Lumpur 2011, di Dataran Merdeka, esok.
Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Bujang berkata, beliau bangga dengan kesungguhan kakitangan menyertai pertandingan maraton peringkat antarabangsa itu yang turut disertai peserta dari Kenya.
“Saya sememangnya ingin menyertai maraton kali ini namun tidak kesampaian berikutan berlaku kecederaan di bahagian kaki baru-baru ini,” katanya ketika menyerahkan kit larian kepada kakitangan, di sini, semalam.
“Bagaimanapun, ini tidak bermakna kakitangan NSTP boleh cepat mengalah. Saya sentiasa menyokong minat dan semangat semua, selain berharap peserta dapat menyertai acara berkenaan sebaiknya,” katanya ketika menyerahkan kit larian kepada kakitangan, di sini, semalam.
Sementara itu, kehadiran pelari cacat penglihatan dari Kenya, Henry Wanyoike dan temannya, Joseph Kibunja kedua-duanya berusia 37 tahun berjaya menarik perhatian kakitangan NSTP apabila turut berkongsi pengalaman serta tip larian.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~