Kesatuan sokong tubuh inkuari

MELAKA: “Kesatuan tidak mahu pegawai imigresen yang didakwa membogel dua wanita Singapura teraniaya dan semestinya kami menyokong penuh saranan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein supaya inkuari ditubuhkan,” kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM), Ismail Md Yusof, 57, di sini, semalam.



Ismail mengulas kenyataan Hishammudin, Khamis lalu untuk menubuhkan inkuari bagi memastikan ketelusan siasatan dakwaan dua wanita Singapura dilucutkan pakaian ketika ditahan di Jabatan Imigresen di Depoh Pekan Nenas, Johor, baru-baru ini.


Katanya, penubuhan inkuari di peringkat dalaman itu penting supaya siasatan terperinci dan telus dapat dilakukan, sekali gus dua pegawai wanita jabatan imigresen tidak dibuang kerja.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~