Dua belas polis ditahan kes dadah

KUALA LUMPUR: Dua belas anggota polis, termasuk seorang pegawai kanan, kini ditahan dan disiasat berhubung kes penagihan dan pengedaran dadah, di mana dua berdepan hukuman gantung sampai mati kerana ditangkap bersama sebilangan dadah.



Semua mereka, masing-masing enam dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan enam lagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ditahan dalam dua serbuan berasingan.


Dalam serbuan serentak dijalankan di Balai Polis Sri Petaling dan Balai Polis Petaling, Jalan Klang Lama, jam 4 petang kelmarin, dua anggota polis didapati memiliki sebilangan dadah dipercayai jenis heroin, manakala empat lagi didapati positif dadah dalam ujian air kencing dijalankan.






Menurut sumber, serbuan dan pemeriksaan terbabit dijalankan JSJN IPKKL berdasarkan maklumat serta risikan sejak awal bulan lalu.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~