Ketelusan terbukti

SEREMBAN: Ketelusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan terbukti apabila menahan 51 orang awam yang terbabit dalam kegiatan merasuah agensi penguatkuasa sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.



Jumlah itu merangkumi keseluruhan 74 individu dicekup di seluruh negeri ini, sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu.


Pengarah SPRM negeri, Hishamuddin Hashim berkata, statistik itu membuktikan pihaknya telus dalam menjalankan misi menghapuskan gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.






“Hasil pemerhatian mendapati 51 orang awam ditahan kerana memberi suapan antara RM50 hingga RM3,000 kepada anggota atau pegawai beberapa agensi penguat kuasa, terutama polis, Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT).


“Baki 23 individu lain membabitkan penjawat awam dan SPRM setakat ini membawa lebih 25 kes ke mahkamah untuk tindakan lanjut,” katanya pada Program Jaringan Kerjasama Antara Jabatan Persekutuan dan Negeri di Lapang Sasar Mantin, di sini, semalam.


Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Zakaria Jaafar.







Pada program itu, puluhan pegawai dan anggota daripada 19 agensi kerajaan, terutama penguat kuasa, serta 12 wakil media turut memeriahkan pertandingan menembak yang bertujuan mengeratkan tali silaturahim antara jabatan berkenaan.


Menurut Hishamuddin, peningkatan jumlah tangkapan itu hasil kerjasama erat SPRM dan agensi penguatkuasa yang turut membanteras kegiatan rasuah melalui operasi bersepadu.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~