Inkues kematian Ahmad Sarbani 4 hingga 15 Julai

KUALA LUMPUR: Inkues untuk menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) April lepas, ditetapkan pada 4 hingga 15 Julai ini.



Inkues itu akan didengar di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani, menurut satu notis ditandatangani beliau di papan kenyataan kamar Mahkamah Majistret 3 di sini.


Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.






Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~