UMT lancar kapal penyelidik

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan melancarkan kapal penyelidik, RV Discovery, pada bulan depan, kata Pendaftar UMT Zakaria Ibrahim.



Beliau berkata majlis perasmian itu akan disempurnakan Canselor UMT Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. "RV Discovery atau Research Vessel Discovery sepanjang 35 meter, seberat 300 tan dengan kos RM13 juta yang dibina oleh Kay Marine Sdn Bhd pada September 2008 merupakan satu-satunya kapal penyelidik kepunyaan UMT," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pembantu Perpustakaan 2011 di sini.


Zakaria berkata UMT akan mengadakan majlis konvokesyen selama dua hari pada 1 dan 2 Okt manakala kemasukan kira-kira 2,200 pelajar baru sesi 2011 pada September.






Mengenai rancangan pembangunan UMT, beliau berkata pembinaan dua kampus baru iaitu di Bukit Kor, di daerah Marang melibatkan kawasan seluas 160 hektar dan satu lagi di Lembah Bidong, Setiu melibatkan kawasan seluas 200 hektar akan fokus universiti itu.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~