KUALA LUMPUR: Pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan turut membantu pihak polis mengawal keadaan dan memastikan keselamatan orang awam di beberapa lokasi di ibu negara pada perhimpunan haram 9 Julai ini.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata pegawai penguatkuasa DBKL akan memastikan tiada keganasan dan kacau bilau berlaku yang boleh mengganggu aktiviti orang awam, peniaga dan pelancong. "Perhimpunan haram ini boleh menjejas pelbagai aktiviti orang ramai, khususnya bagi mereka yang kini semakin rancak membeli belah untuk membuat persediaan bagi menyambut Ramadan dan Hari Raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan diploma dan ijazah sarjana muda kepada 116 pelajar Kolej YPC-ITWEB di sini hari ini. "Kita juga tidak mahu perhimpunan itu menyebabkan sektor pelancongan terjejas apabila pelancong membuat keputusan untuk membatalkan lawatan mereka," katanya.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~