Orang ramai disaran kosongkan tangki septik

MUAR: Hanya lima peratus atau 69,000 daripada 1.22 juta tangki septik individu di seluruh negara pernah dikosongkan tahun lalu, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi dan Air, Noriah Kasnon.



Beliau berkata ini membimbangkan kerajaan kerana kegagalan mengosongkan tangki septik menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada pencemaran sungai yang telah meningkat daripada 48 sungai pada 2008 kepada 54 sungai pada 2009. "Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyeru semua pengguna tangki septik individu supaya lebih prihatin terhadap pencemaran air kumbahan daripada tangki septik yang boleh menyebabkan menularnya penyakit pembawa air seperti Hepatitis A, taun, demam kepialu dan disentri yang boleh mengancam kesihatan orang awam," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pengosongan Tangki Septik Individu peringkat kebangsaan di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2 di sini hari ini.






Noriah berkata tangki septik perlu dikosongkan sekurang-kurangnya setiap tiga tahun sekali bagi mengelakkan air kumbahan melimpah ke sistem perparitan dan mengalir ke sungai yang menjadi sumber air di negara ini.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~