KUCHING: Peserta industri di sini mahu kenaikan levi bagi pekerja asing, terutamanya dalam industri perladangan, pembinaan dan perkhidmatan dikurangkan bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi.
Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sarawak (ACCCIS), pada mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini meluluskan resolusi menggesa kerajaan negeri menyemak semula sistem mengupah pekerja sekarang. ACCCIS berkata prosedur tegas yang dikenakan oleh Jabatan Imigresen telah mencetuskan masalah kekurangan buruh yang meruncing, terutamanya dalam industri sawit yang menyebabkan buah tandan segar tidak dapat dipetik. Persatuan perdagangan itu berkata faktor-faktor yang menyumbang pergantungan tinggi kepada pekerja asing itu termasuklah keperluan buruh tinggi dalam industri, pengembangan kawasan perladangan baharu dan keengganan penduduk tempatan bekerja di ladang. Ia menggesa kerajaan negeri memperluaskan senarai negara di mana penduduknya di benarkan bekerja di tiga industri kritikal selain sentiasa mengadakan perbincangan dengan peserta industri.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~