Kim Swee akan ubah strategi

SEPANG: Ketumpulan jentera serangan memaksa jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee memikirkan strategi baru untuk meraih kemenangan apabila bertemu Lubnan di perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil Khamis ini.



"Saya melihat barisan hadapan serta pertahanan perlu diubah sedikit strateginya kerana kita perlukan gol untuk layak ke saingan seterusnya. Tetapi saya tidak tukar corak permainan keseluruhannya.


"Apa yang paling penting ialah disiplin pemain-pemain yang perlu dijaga kerana walaupun kita menyerang, pada masa yang sama kita juga perlu bertahan. Ia perancangan penting yang saya akan buat pada latihan sebelum perlawanan bermula," katanya kepada Bernama.






Beliau bersama-sama skuad Olimpik Malaysia tiba dari Lubnan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.


Pada perlawanan pertama di Stadium Sports City, Beirut Ahad lepas, Malaysia hanya seri tanpa jaringan dengan Lubnan.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~