Perhimpunan pengacau menyusahkan rakyat

KUALA LUMPUR: Pemandu teksi di sini membantah keras satu kumpulan pengacau dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan satu perhimpunan haram pada 9 Julai ini kerana ia menyusahkan hidup rakyat.



Tinjauan Bernama mendapati bahawa para pemandu teksi menuntut agar Bersih membatalkan sahaja niat untuk mengadakan perhimpunan haram itu kerana ianya tidak berfaedah dan membuang masa.


Seorang pemandu teksi, Samad Ismail, 43, berkata perhimpunan itu tidak memberi faedah kepada sesiapapun, malahan ia menyusahkan pemandu teksi mencari rezeki serta kehidupan seharian orang awam.






"Sebenarnya saya nak tanya apa faedah dan tujuan perhimpunan tersebut diadakan dan saya berpendapat perhimpunan bersih itu hanya "bersih" dalam masa beberapa minit sahaja, selepas itu akan jadi kecoh," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Samad juga berkata pehimpunan itu sudah pasti akan menjejaskan pendapatan pemandu teksi di bandar raya.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~