Repsol Honda sukar digugat

Sukan












TRIO Repsol Honda (dari kiri)  Stoner,  Dovizioso dan  Pedrosa selepas sesi latihan, semalam.

TRIO Repsol Honda (dari kiri) Stoner, Dovizioso dan Pedrosa selepas sesi latihan, semalam.







Pedrosa, Stoner, Dovizioso kuasai tiga petak utama GP Malaysia

SELEPAS pecutan cemerlang pada tiga sesi latihan bebas, penunggang Repsol Honda, Dani Pedrosa terus membuktikan kemampuan menguasai Litar Sepang apabila mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan 2 minit 1.462 saat untuk bermula di petak pertama pada perlumbaan sebenar MotoGP Malaysia Shell Advance, hari ini.



Dua rakan pasukannya - Casey Stoner dan Andrea Dovizioso - akan bermula di petak kedua dan ketiga apabila rapat mengekorinya pada sesi kelayakan masing-masing dengan masa 2:1.491s dan 2:1.666s meninggalkan penunggang Monster Yamaha Tech 3, Colin Edwards di petak keempat.




Pedrosa yang terlepas aksi di Litar Sepang musim lalu kerana kecederaan tulang belakang, bagaimanapun gagal mengulangi masa terpantas yang diciptanya pada sesi latihan bebas kedua kelmarin iaitu 2:1.250s.

Sementara itu, dalam kelas Moto2, Thomas Luthi (Interwetten Paddock Moto2) yang berada di tangga keenam daripada 16 perlumbaan sebelum ini meraih petak pertama pada penentuan hari ini manakala pendahulu kedudukan keseluruhan musim ini, Stefan Bradl (Viessmann Kiefer Racing) di petak kedua.

"Perlumbaan esok (hari ini) pasti sukar dan buat masa sekarang saya dan pasukan sudah bersedia manakala jentera juga dalam keadaan yang memuaskan," kata Bradl.

Dua pelumba wildcard negara mewakili PETRONAS Malaysia dalam kelas ini, Mohd Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah masing-masing berada di tempat ke-28 dan 34 dengan catatan masa 2:9.822s dan 2:11.388s.




"Percaturan penggunaan tayar yang salah ketika keadaan litar yang agak panas menyebabkan saya tidak boleh memecut lebih laju bagi mencatat masa yang lebih baik pada sesi kelayakan. Saya agak kecewa kerana pada sesi latihan catatan masa yang dilakukan adalah lebih baik," kata Zamri.

Keputusan Sesi kelayakan

MotoGP
1 Dani Pedrosa (Repsol Honda) 2:1.462s; 2 Casey Stoner (Repsol Honda) 2:1.491s; 3 Andrea Dovizioso (Repsol Honda) 2:1.666s; 4 Colin Edwards (Monster Yamaha Tech 3) 2:2.010s; 5 Marco Simoncelli (San Carlo Honda Gresini) 2:2.105s

Moto2
1 Thomas Luthi (Interwetten Paddock Moto2) 2:07.512s; 2 Stefan Bradl (Viessmann Kiefer Racing) 2:07.724s; 3 Michele Pirro (Gresini Racing Moto2) 2:08.004s; 4 Yuki Takahashi (Gresini Racing Moto2) 2:08.069s; 5 Pol Espargaro (HP Tuenti Speed Up) 2:08.107s

5 terpantas sesi kelayakan 125cc
1 Nicolas Terol (Bankia Aspar Team) 2:13.579; 2 Hector Faubel (Bankia Aspar Team) 2:13.594; 3 Sandro Cortese (Intact-Racing Team Germany) 2:13.954; 4 Efren Vazquez (Avant-AirAsia-Ajo) 2:14.581; 5 Luis Salom (RW Racing GP) 2:14.682

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~