Bapa kesal usaha lewat

ALOR GAJAH: Bapa kepada mangsa kemalangan yang maut dirempuh kereta ketika cuba menegur kumpulan mat rempit yang membuat bising di depan rumahnya, Khamis lalu, kesal akan kelewatan ambulans memberikan bantuan terhadap anaknya.



Othman Sudin, 60, mendakwa mangsa, Nor Azmi Othman, 27, yang masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan selepas dilanggar kereta gagal diselamatkan berikutan kelewatan bantuan kecemasan.



Menurut beliau, dia terkilan kerana anak tunggalnya itu menemui ajal di depan mata beberapa minit selepas kemalangan berlaku sebelum sempat diberikan rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.






“Saya musykil dengan jawapan pemandu ambulans bertugas yang ditanya berhubung kelewatannya. Begitu mudah mereka mengatakan terpaksa patuh arahan serta undang-undang yang digubal majikan mereka.



“Jika kenyataan itu benar, ia amat menyedihkan dan tidak ubah seperti arahan kejam dengan membunuh mangsa yang masih bernyawa secara perlahan selepas terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di rumahnya di Masjid Tanah, di sini, semalam.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~