KAJANG: Dalam tempoh dua minit, seorang pengusaha kedai emas di Jalan Besar, di sini, kerugian kira-kira RM400,000 selepas empat lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi merompak kedai berkenaan, petang, semalam.
Saksi kejadian, seorang pengusaha gerai bunga, P Thanam, 42, berkata ketika kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, dia sedang mengikat bunga sebelum empat lelaki menunggang dua motosikal mengacu pistol ke arahnya.
Katanya, selepas itu, dia melarikan diri ke dalam sebuah kedai runcit berdekatan sebelum terdengar bunyi kaca dipecahkan sementara seorang daripada lelaki itu mengawal di luar kedai dengan bersenjatakan pistol.
“Beberapa minit kemudian, empat lelaki itu keluar sebelum melarikan diri dengan menunggang dua motosikal bersama barang kemas yang dirompak.
“Saya tidak dapat mengecam muka mereka kerana semuanya memakai topi keledar berpenutup penuh dan berjaket kulit,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~