Dakwa dipukul tapi tiada kesan

SHAH ALAM: Seorang pegawai perubatan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, bahawa tertuduh kedua dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, mendakwa sakit di bahagian belakang dan mengalami lebam akibat dipukul ketika berada di dalam tahanan reman.



Pegawai Perubatan dari Penjara Sungai Buloh, Dr P Paramanathan, 67, berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding bicara dalam bicara bagi menentukan sama ada tertuduh kedua T Thilaiyalagan, 20, menerima tekanan dalam memberi kenyataan kepada polis berhubung penemuan bahan bukti dalam kes itu. Bagaimanapun, doktor yang mendapat pendidikan daripada sebuah universiti di Madras, India itu mengesahkan bahawa tiada kesan fizikal dapat dilihat pada tubuh badan Thilaiyalagan walaupun keterangan konsisten dengan laporan polis yang dibuatnya.


Selain Thilaiyalagan, doktor itu turut merawat tertuduh keempat R Khatavarayan yang mempunyai masalah kencing berdarah selain ada mengadu sakit akibat ditendang dan ditumbuk.






Bagaimanapun, Paramanathan berkata, secara luaran dia tidak melihat sebarang kecederaan atau lebam dan mengakui memberi rawatan ubat antibiotik dan penahan sakit dua minggu sehingga Khatavarayan sembuh.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~