Rain sambut hari lahir di set penggambaran
AKTOR dan penyanyi yang meledakkan industri hiburan Korea Selatan, Rain kini sudah memasuki fasa usia 30 tahun.
Rain atau nama sebenarnya Jung Ji-Hoon menyambut ulang tahun kelahirannya pada 25 Jun lalu bersama kru-kru filem terbarunya, Soar: Close To The Sun.
Selesai sahaja sambutan ringkas di set penggambaran itu, Rain terus menghantar pesanannya di Twitter untuk menyatakan ucapan terima kasih kepada peminat.
"Kepada peminat Clouds, terima kasih banyak-banyak. Hari ini adalah hari ulang tahun saya yang ke-30," kata Rain kepada peminatnya.
Clouds menjadi panggilan manja Rain bersama peminat-peminat fanatiknya.
Dalam pada itu, Rain sempat bergambar dengan rakan-rakan artis bersama kek hari lahirnya di set tersebut.
Kek tiga tingkat itu dihadiahkan oleh rakan-rakannya termasuk pelakon, Yoon Joon Sang, Lee Jong Suk dan Lee Ha Na.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~