KPTM KL juara Piala Presiden

KPTM KL juara Piala Presiden

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
sukan@kosmo.com.my



BARISAN pemain pasukan KPTM Kuala Lumpur bergambar kenangan dengan pegawai pasukan selepas muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden KPTM 2011.

PASUKAN bola sepak Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kuala Lumpur muncul juara edisi sulung Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden KPTM 2011 setelah mengalahkan KPTM Batu Pahat 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Padang Penjara, Pengkalan Chepa, Kelantan baru- baru ini.


Bagi menentukan juara, perlawanan terpaksa diheret hingga ke masa tambahan se- belum jaringan sudden death oleh Abdul Halim Harun setelah kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan dalam masa permainan sebenar.


Dengan kejayaan tersebut, pasukan KP- TM Kuala Lumpur membawa pulang piala pusingan, pingat dan hamper.


Dalam aksi edisi sulung kejohanan tersebut, pasukan KPTM turut mencipta seja- rah tersendiri apabila dua pemainnya iaitu Mohd. Muhaimin Mohd. Zin dan penjaga gol, Mohd. Saufe Azrie diumumkan sebagai penerima anugerah Penjaring Terbanyak dan Penjaga Gol Terbaik.


Dalam pada itu, pemain KPTM Batu Pahat, Nasrulizzul Zulkeply dipilih sebagai Pemain Terbaik, manakala pemain pasukan KPTM Ipoh, Noor Hafizi Abd. Aziz dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai sepanjang kejohanan itu berlangsung.


Tempat ketiga keseluruhan dimenangi pasukan KPTM Ipoh yang berjaya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas KPTM Kuantan.


Sebanyak lapan KPTM dari seluruh negara menyertai kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu dengan KPTM Kota Bharu diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah.


Sementara itu, dalam kategori Piala Pengerusi KPTM pula, pasukan bola sepak staf KPTM Kota Bharu muncul sebagai juara keseluruhan.


Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden KPTM, Datuk Yusof Harun.


Turut hadir ialah Timbalan Presiden Hal Ehwal Pelajar (HEP), Dr Wan Sabri Wan Hussin, dan Pengarah KPTM Kampus Kota Bharu, Mohamed Saifuddin Hussin.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~