Futsal Milo hampiri kemuncak
PING LOONG menunjukkan piala yang
bakal menjadi rebutan pada grand final Karnivall Futsal Milo Hidup Bola, Ahad ini.
KARNIVAL Futsal Milo Hidup Bola musim 2011 sudah sampai ke kemuncak saingan.Sebanyak 64 pasukan melibatkan kate- gori bawah 12 dan 16 tahun yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan grand final itu akan membuat perhitungan di gelanggang futsal Sports Planet Ampang, Ahad ini.
Karnival futsal remaja terhebat anjuran Nestle Product Sdn. Bhd. itu telah menjelajah ke 14 negeri di seluruh negara sejak 5 Mac lalu bagi mencari pasukan terbaik di setiap lokasi.
Paling menarik, kos perbelanjaan makan/ minum, penginapan dan tambang bas bagi pasukan yang layak ke grand final (kecuali wakil dari Kuala Lumpur dan Selangor) dibiayai sepenuhnya oleh penganjur.
Pada peringkat akhir ini, pasukan yang muncul juara akan menerima hadiah wang tunai RM15,000, trofi, pingat dan barangan sukan Figos manakala naib juara mene- rima RM10,000, pingat serta barangan sukan Figos.
Bagi pemenang di tempat ketiga/keempat, mereka masing-masingnya bakal menerima RM7,000, pingat dan barangan sukan Figos.
Pengurus Pemasaran Sukan Nestle Product Sdn. Bhd., Ng Ping Loong berkata, pihaknya gembira dan bangga dengan sambutan hangat yang telah diberikan oleh semua peserta sepanjang program tersebut berlangsung.
“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan sambutan hebat sepanjang program ini berlangsung.
“Program ini sudah memasuki tahun keenam, jumlah penyertaan secara keseluruhan terus meningkat setiap tahun, teutamanya bagi kategori B-12. Ini petanda baik buat sukan futsal negara ini.
“Kepada pasukan yang bejaya ke pering- kat grand final saya ucapkan selamat maju jaya dan lakukan yang terbaik buat pasukan anda serta pamerkan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.
Pasukan-pasukan dari luar Lembah Kelang yang telah layak ke grand final perlu berada di Hotel de Palma, Ampang pada pukul 2 petang esok untuk tujuan pendaf- taran.
Legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh akan menjadi tetamu kehormat pada pusingan grand final itu kelak.
Sementara itu, pada siri terakhir karni- val ini minggu lepas, tiga pasukan dari tanah air mencuri tumpuan.
Mereka antara lapan pasukan terakhir untuk kategori B-12 dan B-16 yang berjaya menempah tempat ke grand final.
Siri terakhir peringkat negeri Selangor itu berlangsung di Ferro Futsal Center Subang bagi mencari lapan pasukan terakhir ke grand final.
Pada siri terakhir itu, tiga pasukan yang berpangkalan di Johor Bharu mencuri tumpuan apabila layak ke peringkat grand final.
Mereka terdiri daripada Impro Mahkota FC, Khaizar Sports FC dan Stylo Mylo B yang berjaya melepasi saingan hebat dari- pada 125 pasukan yang beraksi pada siri terakhir itu.
Empat pasukan lagi di dominasi wakil Selangor dan satu lagi diisi wakil dari Kelantan.
Impro Mahkota FC muncul juara kate- gori B-16 selepas menewaskan Khaizar Sports FC 4-3 menerusi penentuan sepa- kan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 sehingga tamat masa perlawanan sebenar.
Bagi kategori B-12 pula, Stylo Mylo B menyerlahkan reputasi mereka sebagai pasukan pilihan apabila muncul juara selepas menundukkan wakil Kelantan, skuad Mohamad Ariffin Mohamad Kamal FC (MAMK) 4-0 pada perlawanan akhir.
“Tahniah kepada semua pasukan yang berjaya ke peringkat grand final dan yang kurang bernasib baik jangan berputus asa dan kuatkan semangat anda. Jadual kumpulan peringkat grand final kini boleh dilihat melalui laman web www.syoknyasukan.com.
“Paling penting, semua yang terbabit telah menunjukkan komitmen tinggi termasuk sokongan ibu bapa peserta yang cukup meriah dan hebat sepanjang karni- val ini,” kata Ping Loong.
~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~