Zaman wartawan berbeza

KUALA LUMPUR: “Zaman sekarang berbeza berbanding zaman saya bergelar wartawan pada 1963. Sekarang semuanya senang dengan kemudahan teknologi, malah akses berita makin cepat,” kata bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee.



Beliau antara 45 bekas kakitangan Jabatan Editorial The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang diraikan dalam satu majlis minum petang yang julung kalinya dianjurkan di Balai Berita, semalam.


Ahmad Rejal kini memegang jawatan Felo Kanan, Pusat Komunikasi Korporat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membandingkan situasi sukar pernah dialaminya ketika bertugas di Johor sebagai wartawan The Straits Times (kini dikenali New Straits Times), 40 tahun lalu.






“Kalau dulu, saya menggunakan kemudahan telefon di Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk menghubungi sumber, selain ke Singapura menghantar berita. Sekarang ia boleh dilakukan menerusi telefon dan Internet,” katanya.

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~