BESUT: Tembakan amaran dilepaskan seorang penguat kuasa syariah menyelamatkannya dan dua rakan sekerja daripada terus menjadi mangsa belasahan enam lelaki ketika menjalankan operasi membanteras maksiat di sebuah chalet di pantai peranginan Air Tawar dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, ketiga-tiga penguat kuasa berkenaan membuat pemeriksaan di sebuah bilik yang diduduki sepasang kekasih.
Ketiga-tiga penguat kuasa itu membawa bersama waran geledah daripada Mahkamah Rendah Syariah Besut, mengetuk pintu bilik beberapa kali sebelum pintu dibuka seorang lelaki.
Pegawai penguat kuasa terbabit menunjukkan kad kuasa dan meminta keizinan membuat pemeriksaan di dalam bilik itu.
Hasil pemeriksaan mendapati pasangan itu bukan suami isteri dan suspek lelaki berusia 27 tahun dari Kampung Pachakan, Kuala Besut, dekat sini, manakala pasangannya berusia 17 tahun dari Kampung Jerimpong, Jeli, Kelantan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

~ 0 comments: ~
~ Post a Comment ~