Tiada pencemaran radioaktif luar premis

PUTRAJAYA: Tiada pencemaran radioaktif Fluorine-18 dikesan di luar premis syarikat pengeluar radio farmaseutikal di Selangor yang disita berikutan empat pekerjanya dikesan dicemari bahan radioaktif.



Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata pencemaran dikesan dalam bilik penghasilan radiofarmaseutikal di premis itu dan empat pekerja terbabit.


“Tiada pencemaran radioaktif dikesan dalam pejabat am syarikat. Tiada pekerja lain dikesan tercemar serta tidak timbul risiko pencemaran silang bagi keempat-empat pekerja terbabit,” katanya di sini, semalam.






Ongkili berkata, pencemaran radioaktif itu dikesan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) melalui Sistem Pemonitoran Sinaran Portal (RPM) pada jam 11.30 pagi pada 2 Jun lalu ketika keempat-empat pekerja terbabit datang ke AELB untuk berurusan dengan Bahagian Pelesenan. — Bernama

~ 0 comments: ~

~ Post a Comment ~